Bajaj Bakal Lahirkan Pencabar Royal Enfield 350?

Bajaj Auto LTD dilaporkan telah memfailkan nama bagi model baharu yang didakwa akan mencabar Royal Enfield 350 di India.

Didaftarkan atas nama NEURON, model baharu ini dijangka menawarkan rekaan moden-klasik seangkatan dengan RE 350, Benelli Imperiale 400 termasuk Honda H’ness CB 350 yang baharu sahaja dilancarkan.

Walaupun tiada pengesahan NEURON merupakan model jenis cruiser moden-klasik seperti yang ditawarkan RE 350 namun media negara itu kuat melaporkan sebaliknya.

Jika benar, maka NEURON dicanang akan didatangkan dengan enjin 373.3cc satu silinder dengan penyejukkan cecair yang sama terdapat pada Dominar 400.

Bajaj (Modenas) Dominar 400

Ketika ini, Bajaj telah pun menawarkan model berkongsepkan cruiser menerusi model Avenger namun rekaan klasik itu tidak dapat menandingi ciri moden yang terdapat pada H’ness CB 350.

Pada masa sama, timbul laporan NEURON mungkin bukan sebuah motosikal sebaliknya merujuk kepada sistem keterhubungan yang merangkumi sistem Bluetooth.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]