KTM 890 Adventure R Dan Rally Dilancarkan – 105hp, 100Nm!

Advertisements

Tiada angin, tiada ribut, KTM melancarkan KTM 890 Adventure R dan 890 Adventure R Rally.

KTM 890 Adventure R

Selepas memperkenalkan KTM 890 Duke R tahun lalu, pengeluar motosikal Austria itu kini memperkenalkan versi ADV menerusi 890 Adventure R dan Rally.

KTM 890 Adventure R Rally

Kedua-dua model ini merupakan generasi baharu yang terbit daripada model sebelumnya, 790 Adventure yang diperkenalkan dua tahun lalu.

Senario ini sekaligus menyaksikan KTM 890 Adventure R dan Rally kini tampil dengan enjin parallel-twin 899cc (Euro5) dengan penyejukan cecair yang menawarkan 105hp pada 8,000rpm dan 100Nm pada 6,500rpm berbanding 95hp dan 88Nm pada model 790 Adventure.

KTM turut mendakwa kotak gear kali ini turut telah diperkemas bagi memastikan pertukaran gear lebih efisien dan pantas hasil bantuan klac yang telah diperkukuh di samping opsyen quickhsifter.

Bukan itu sahaja, KTM turut menaik taraf sistem penyerap hentakan WP Xplor yang kini boleh laras sepenuhnya termasuk sistem ABS yang turut merangkumi off-road ABS dan cornering ABS.

Kedua-dua varian turut dilengkapi KTM Motorcycle Traction Control (MTC), sistem yang bertindak mengukur tahap kegelinciran tayar dan ‘lean angle’ bagi memastikan kadar traction yang diperlukan sewaktu menunggang.

Sementara itu, model ini turut didatangkan dengan paparan TFT 5 inci dan tangki berkapasiti 20L.

Pada masa sama, pengalaman tunggangan diperkukuh dengan penunggangan fork USD WP XPLOR 48mm depan dan mono-shock WP XACT PDS belakang serta penggunaan tayar Metzeler Karoo 3 21’depan dan 19′ belakang.

KTM turut memperkenalkan 890 Adventure R Rally Limited Edition yang dilengkapkan khas dengan ekzos Akrapovic, foot peg rali, tempat duduk enduro dan chasis yang telah ditala di samping pelindung tangki gentian karbon dan quickshifter.

Ketika ini, masih tiada harga rasmi diumumkan bagi kedua-dua model.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.