Elak Buat Tempahan X50 Dari Pihak Ketiga – Proton

Umum mengetahui Proton X50 semakin hampir untuk dilancarkan di Malaysia dan walaupun tiada harga rasmi didedahkan Proton telah pun menerima lebih daripada 20,000 tempahan setakat ini.

Bagaimanapun, sambutan memberangsangkan itu turut mengundang pihak ketiga untuk cuba mengaut keuntungan atas angin.

Pihak ketiga ini mendakwa diri mereka sebagai ejen Proton atau mempunyai kaitan dengan Proton demi menipu pelanggan dalam membuat tempahan awal.

Sehubungan itu, Proton menegaskan hanya tempahan yang dibuat menerusi rangkaian jualan rasmi Proton sahaja yang akan diperakui.

Pada masa sama, Proton turut menasihati orang ramai untuk berhati-hati semasa membuat tempahan di samping meminta pelanggan untuk tidak membuat urusan menerusi ejen jualan diluar rangkaian rasmi Proton.

Orang ramai yang ingin mengenal pasti lokasi rangkaian jualan rasmi Proton boleh layari https://www.proton.com/en/dealer-locator atau hubungi 1-800-88-8398.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]