SUV Sulung, Aston Martin DBX Dilancarkan Di Malaysia – 550HP, 700Nm!

Aston Martin DBX secara rasminya dilancarkan di pusat pameran Aston Martin Kuala Lumpur, hari ini.

Muncul sebagai SUV sulung jenama pengeluar kereta premium mewah British itu, Aston Martin DBX merancakkan lagi segmen SUV mewah di Malaysia.

Lahir daripada platform SUV baharu, DBX ini menawarkan berat bersih 2,245 kilogram hasil daripada penggunaan kerangka ringan dan kukuh di samping memfokuskan terhadap pembinaan ruang kabin luas dan selesa untuk lima penumpang.

Menariknya, Aston Martin DBX menawarkan sistem ‘triple volume air suspension’ yang turut digabungkan dengan sistem anti-roll control elektrik (eARC) 48v serta adaptive damper elektronik yang mampu menaikkan ketinggian kenderaan kepada 45mm atau merendahkannya kepada 50mm.

Ciri ini memberikan DBX kelebihan untuk dipandu dalam apa jua bentuk muka bumi.

Aston Martin DBX ini dilengkapi dengan enjin V8 twin-turbocharged yang sama terdapat pada DB11 dan V8 Vantage yang menjana 550hp dan 700Nm.

Tidak hairanlah walaupun dalam bentuk SUV, DBX ini mampu merekodkan 0-100km/j hanya 4.5 saat dan boleh mencapai kelajuan maksima 291km/j!

Bagaimanapun, silinder deactivation yang terdapat dalam enjin V8 tersebut akan memastikan tahap penggunaan minyak yang efisien.

Segala kuasa itu kemudiannya disalurkan menerusi transmisi automatik 9-kelajuan yang digandingkan bersama sistem all-wheel drive dengan ‘electronic rear limited slip differential (eDiff)’.

Bagi memastikan DBX menepati ciri sebuah SUV, ruang letak barang di belakang menawarkan kapasiti 632 liter dengan kerusi belakang boleh dilipat.

Sementara itu, ruang dalam dimegahkan dengan penggunaan bahan premium antaranya kaca, besi dan kayu di samping penggunaan kerusi kulit mewah hasil kerjasama dengan Bridge of Weir.

Paparan TFT berwarna 10.25 inci turut mengindahkan lagi ruang konsol dengan paparan TFT 12.3′ mengindahkan pandangan pemandu dengan pelbagai informasi penting di samping kamera 360 darjah dan lampu ambien 64 pilihan warna.

Aston Martin DBX ini ditawarkan pada harga RM818,000 (sebelum duti, cukai jalan dan insurans) dan pelanggan juga diberi peluang untuk memilih warna pilihan mengikut cita rasa masing-masing.

Untuk maklumat lebih terperinci layari www.astonmartinkualalumpur.com atau hubungi +603 2163 1196.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply