RASMI: Hafizh Syahrin Tinggalkan MotoGP

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin mengesahkan tidak akan beraksi di Kejuaraan Dunia MotoGP musim depan. Menurut pelumba NTS RW Racing itu, antara faktor yang mendorong keputusan berat tersebut dibuat ekoran kesukaran mencapai keputusan yang diinginkan. “Saya dah buat sehabis baik tapi saya dan pasukan tidak tahu cara macam mana lagi untuk tingkatkan prestasi jentera,” jelasnya….

Suzuki Bangunkan Enjin Parallel-Twin 700cc Bagi SV650, V-Strom 650 Generasi Baharu

Suzuki dilaporkan sedang giat membangunkan platform parallel-twin 700cc bagi generasi baharu SV650 dan V-Strom 650. Perkara itu disahkan menerusi paten baharu yang telah difailkan di Jepun dan bakal menggantikan enjin V-Twin 650cc yang diguna pakai pada generasi baharu SV650 dan V-Strom 650. Enjin parallel-twin sememangnya semakin popular dikalangan pengeluar motosikal dunia ketika ini. Kawasaki merupakan…

MotoGP: Kalendar Awal Musim 2022 Diumumkan, GP Malaysia Langsung 23 Oktober

Kalendar MotoGP musim 2022 bakal menyaksikan 21 perlumbaan diadakan dengan Qatar menjadi tuan rumah aksi pembukaan pada 6 Mac. Musim 2022 menyaksikan pusingan perlumbaan dipanjangkan dengan penyertaan Kymiring di Finland dan Litar Mandalika, di Lombok, Indonesia. Pusingan pembukaan akan berlangsung dengan perlumbaan waktu malam di Litar Losail, Qatar sebelum berangkat terus ke Indonesia bagi pusingan…

Lifan Sertai Segmen ADV Dengan KPT 400 – 42hp, 35Nm

Nama Lifan mungkin tidak sepopular jenama terkemuka lain namun pengeluar motosikal China ini sudah lama bertapak di pasaran motosikal dunia. Di pasaran Eropah, Lifan menawarkan pelbagai model motosikal terutamanya dengan kapasiti bawah 150cc manakala di Malaysia, jenama Lifan juga dipasarkan menerusi WMoto Xtreme 150i. Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, Lifan membuat keputusan untuk memasuki segmen 400cc…

Triumph Tiger Sport 660 Dilancarkan – 79hp, 64Nm

Triumph Motorcycle memperkembangkan platform 660cc dengan pelancaran global Tiger Sport 660 baharu. Dibangunkan dengan enjin tiga silinder 660cc sama yang terdapat pada Trident 660, Tiger Sport tampil dengan elemen motosikal ‘sport tourer’ sekaligus menawarkan ciri praktikal dan serba boleh. Model baharu ini juga bakal memberi saingan terhadap Kawasaki Versys 650, Suzuki V-Strom 650 dan Yamaha…

Damok Ke Moto3 2022, Pengumuman Rasmi 15 Oktober Ini

Pelumba negara di FIM CEV, Syarifuddin Azman @ Damok, bakal beraksi di Moto3 musim 2022 sekaligus memastikan terdapat wakil pelumba tempatan di Kejuaraan Dunia itu. Perkara itu dimaklumkan, pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin sewaktu sesi temu ramah media, hari ini. Menurut Zulfahmi, pengumuman rasmi mengenai Damok akan dibuat pada 15 Oktober ini. “Buat masa ini,…

Benelli Bakal Lancar Motosikal ADV Dengan Enjin V-Twin 650cc

Jenama motosikal Itali, Benelli bakal sertai segmen motosikal 650cc dengan sebuah model adventure serba baharu. Perkara itu disahkan menerusi paten baharu yang difailkan di China oleh syarikat induk Qianjiang Group. Qianjiang Group, yang merupakan syarikat pemegang jenama Benelli dan QJMotor telah memfailkan paten yang memaparkan sebuah motosikal ADV 650cc. Paten tersebut mendedahkan beberapa aspek penting…

Kawasaki Motors Limited Dedah Logo Baharu

Baru-baru ini, Kawasaki Heavy Industries (KHI) telah pun mengumumkan Kawasaki Motors Limited sebagai entiti berasingan yang dipertanggungjawabkan mengendali segala perihal motosikal syarikat Jepun itu. 2021年10月1日。カワサキは、カワサキモータースとして新たにスタートしました。さぁ、新しいカワサキを思いっきり楽しんじゃえ!ワクワクするようなカワサキをみんなでつくっちゃえ! https://t.co/BSjTy33B9V #Kawasaki #楽しんじゃえ宣言 — カワサキモータースジャパン (@Kawasaki_JPN) October 1, 2021 Keputusan itu dibuat setelah jualan motosikal global (lebih 400cc) telah pun meningkat lebih 80 peratus sejak 2017. Menurut Kawasaki, demografik pelanggan…

Yamaha Umum Harga YZF-R7 Di Eropah – RM46 Ribu

Setelah melancarkan YZF-R7 untuk pasaran global, Yamaha akhirnya mengumumkan harga motosikal baharu tersebut di Eropah. Menurut laporan media antarabangsa, Yamaha R7 ditawarkan pada harga GBP8,200 (RM46 ribu) sementara edisi Ulangtahun Ke-60 diletakkan pada GBP8,500 (RM48 ribu). Ini sekaligus meletakkan R7 seangkatan dengan Honda CBR650R namun lebih murah berbanding Aprilia RS660. R7 merupakan motosikal segmen sportsbike…