Damok Ke Moto3 2022, Pengumuman Rasmi 15 Oktober Ini

Pelumba negara di FIM CEV, Syarifuddin Azman @ Damok, bakal beraksi di Moto3 musim 2022 sekaligus memastikan terdapat wakil pelumba tempatan di Kejuaraan Dunia itu.

Perkara itu dimaklumkan, pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin sewaktu sesi temu ramah media, hari ini.

Menurut Zulfahmi, pengumuman rasmi mengenai Damok akan dibuat pada 15 Oktober ini.

“Buat masa ini, perbincangan semasa adalah untuk menempatkan pasukan teknikal tempatan untuk mengikut Damok ke Moto3,” jelas Zulfahmi.

Damok sebelum ini telah pun mendapat peluang merasai jentera Moto3 ketika di GP Aragon dan berjaya memperoleh kedudukan ke-13 sekaligus mengutip mata.

Meskipun pelumba berusia 19 tahun itu sekadar membuat penampilan sulung, namun dia berjaya memperbaiki kedudukan walaupun bermula di petak ke-21.

Damok diberikan peluang tersebut bagi menggantikan John McPhee yang beraksi di Moto2.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.