Triumph Tiger Sport 660 Dilancarkan – 79hp, 64Nm

Triumph Motorcycle memperkembangkan platform 660cc dengan pelancaran global Tiger Sport 660 baharu.

Dibangunkan dengan enjin tiga silinder 660cc sama yang terdapat pada Trident 660, Tiger Sport tampil dengan elemen motosikal ‘sport tourer’ sekaligus menawarkan ciri praktikal dan serba boleh.

Model baharu ini juga bakal memberi saingan terhadap Kawasaki Versys 650, Suzuki V-Strom 650 dan Yamaha Tracer 7.

Tiger Sport 660 ini menghasilkan 79hp pada 10,250rpm dan 64Nm pada 6,250rpm dengan Triumph dakwa 90 peratus tork dapat dirasai seawal 3,600rpm.

Ciri lain yang turut dibawa dari Trident adalah fungsi dua mod tunggangan, Rain dan Road, sistem Ride-by-Wire dengan transmisi 6-kelajuan serta ciri klac assist/slipper.

Sementara itu, sistem membrek dikendalikan ABS dwi-saluran yang dipadankan dengan kaliper brek Nissin dua piston depan bersama cakera brek 310mm depan dan 255mm belakang.

Bagaimanapun, perlu diingatkan sistem ABS tersebut tidak boleh dipadamkan.

Antara ciri menarik lain turut ditawarkan adalah seperti berikut:

  • fork depan USD 41mm Showa
  • monoshock belakang Showa
  • tinggi tempat duduk 835mm
  • tangki 17.2L
  • lampu LED penuh
  • paparan TFT berwarna dengan fungsi My Triumph Connectivity

Berdasarkan kejayaan Triumph dalam memasarkan Trident 660 untuk pasaran global termasuk di Malaysia, kami berasakan Tiger Sport 660 ini juga bakal meneruskan kesinambungan sama.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.