RASMI: Aprilia, Moto Guzzi Dan Vespa Sertai EICMA 2021

Piaggio Group mengesahkan bakal terlibat dengan pameran motosikal terbesar dunia EICM 2021 yang akan berlangsung di Milan, November ini. Pengumuman itu menyaksikan jenama seperti Aprilia, Moto Guzzi dan Vespa akan turut serta menghangatkan acara terbesar motosikal dunia itu bersama-sama beberapa jenama lain yang telah pun mengesahkan penyertaan sebelum ini. EICM 2021 dijangka menjadi tumpuan hangat…

Imej Jelas Honda Transalp 2022 Didedahkan

Selepas hampir setahun khabar angin mengenai Transalp 750 dibangkitkan, rupa lebih jelas motosikal itu akhirnya didedahkan. Majalah penerbitan Jepun, Young-Machine, sekali lagi berjaya mendapatkan imej jelas Transalp 2022 itu yang dijangka akan diperkenalkan kepada umum hujung tahun ini di EICMA 2021. Meskipun Honda mengunci mulut mengenai model baharu tersebut, namun itu tidak menghalang Young-Machine untuk…

Aprilia Bakal Hidupkan Semula Caponord Dengan Enjin V4?

Aprilia sememangnya antara pengeluar yang sibuk memperkenalkan model serba baharu meskipun dunia terpalit dengan pandemik Covid-19. Bermula dengan RS660, pengeluar motosikal berpangkalan di Noale, Itali itu kemudiannya memperkenalkan Tuono 660 dan akan datang Tuareg 660 yang akan dilancarkan tak lama lagi dengan beberapa foto rasmi telah pun didedahkan. Perkongsian platform parallel-twin 660cc dengan ‘firing order…

MotoG: Bagnaia Kekang Asakan Quartararo Untuk Menang Di Misano

Francesco Bagnaia meneruskan kejayaan di GP Aragon minggu lalu untuk melakar kemenangan kedua berturut-turut di Misano, pada Ahad. Pelumba Ducati itu yang memulakan perlumbaan di petak pertama selepas melakar catatan masa terpantas, berjaya menjarakkan diri di Turn 1 seawal perlumbaan dimulakan. Bagnaia yang seakan kelihatan selesa didepan kemudiannya mula dikejar pendahulu kejuaraan, Fabio Quartararo ketika…

GP Misano: Bagnaia Sekali Lagi Terpantas, Miller Tekad Sekat Quartararo

Francesco Bagnaia sekali lagi muncul pelumba terpantas ketika sesi kelayakan di GP Misano sekaligus bakal bermula di petak pertama dalam perlumbaan pada Ahad. Bagnaia turut berjaya memecahkan rekod catatan masa terpantas kali untuk dua minggu berturut-turut setelah melakukannya di GP Aragon, minggu lalu. Jack Miller turut menghadirkan kegembiraan berganda buat Ducati apabila merekodkan masa kedua…

MotoGP: SRT Hidup Semula Sebagai RNF MotoGP Racing

Era baharu bermula bagi pasukan kendalian Datuk Razlan Razali setelah Sepang Racing Team (SRT) kini dijenamakan semula sebagai RNF MotoGP Racing. Penjenamaan semula ini turut menyaksikan RNF Racing menandatangani perjanjian lima tahun bersama IRTA bagi meneruskan cabaran selaku Independent Team di Kejuaraan Dunia FIM MotoGP. Meskipun membawa nama baharu, RNF Racing akan terus diterajui oleh…

Ducati Streetfighter V2 Dikesan Jalani Ujian Jalan Raya

Ducati didakwa akan memperkembangkan model Streetfighter dengan varian V2 yang bakal sertai varian V4 yang dilancarkan lewat 2019. Berbanding Streetfighter V4 yang menawarkan 208hp, varian V2 pula menyumbang 155hp hasil daripada enjin silinder berkembar 955cc Superquadro yang terdapat pada Panigale V2. Foto ‘spy shot’ yang dikongsikan turut memperkuatkan dakwaan mengenai Streetfighter V2 tersebut yang dilihat…

Aprilia-Zongshen Bakal Perkenalkan Tuono 250

Aprilia dengan kerjasama Zongshen, bakal memperkenalkan Tuono 250 tidak lama lagi berdasarkan dokumen pengesahan yang difailkan di China. Bagaimanapun, Tuono 250 ini direka mengikut model Tuono 1100 2017 hingga 2020 berbanding model 2021 yang diperkenalkan tahun ini. Dokumen tersebut mendedahkan Tuono 250 ini dikuasakan enjin satu silinder 249cc yang sama ditawarkan pada RS 250 yang…

RASMI: Dovizioso Kembali Ke MotoGP Bersama SRT

Pelumba berpengalaman, Andrea Dovizioso kembali ke MotoGP setelah sah diumumkan sebagai pelumba baharu Petronas Sepang Racing Team (SRT). Bekas pelumba Ducati itu akan membantu SRT menghabiskan baki saingan musim ini bersama rakan sepasukan, Valentino Rossi. Dovizioso juga akan turut bersama pengendali, Datuk Razlan Razali dan pengurus pasukan Johan Stigefelt membawa cabaran ke musim 2022. Menariknya,…