Motosikal Triumph Bonneville Speed Twin 2019 telah pun diperkenalkan. Ia dilengkapi dengan pengendalian serta enjin berprestasi tinggi, dan juga rupa paras retro. Motosikal ini mengambil ilham daripada motosikal berprestasi tinggi pertama keluaran Triumph, iaitu model Speed Twin 1937.
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Juara bertahan MSBK, Azlan Shah Kamaruzaman akan menyertai Asia Superbike 1000 (ASB1000) pada tahun 2019. Dia akan menyertai pasukan ONEXOX TKKR Racing Team. ASB1000 adalah kelas premier dalam siri kejohanan FIM Asia Road Racing Championship.
Honda Group of Companies Asia dan Oceania telah memperkukuhkan hala tuju mereka bagi perlumbaan motosikal di rantau berkenaan. Honda mensasarkan untuk menghasilkan lebih ramai penunggang serta mekanik bertaraf dunia melalui penglibatan mereka. Program ini meliputi hampir ke semua siri perlumbaan di rantau ini.
Juara bertahan dan pemegang takhta kejohanan Formula 1 lima kali, Lewis Hamilton, telah terbabas sewaktu menunggangi motosikal superbike di atas litar. Dia telah ditemani oleh para penunggang bagi pasukan Yamaha WorldSBK, Alex Lowes dan Michael van der Mark. Dia kemudiannya telah meluahkan rasa sayangnya terhadap motosikal dan membuat satu permintaan buat Valentino Rossi.
Motosikal lumba kelas pertengahan, Aprilia RS 660 telah diintip sedang menjalani ujian. Sumber ada melaporkan ada melihat sebuah dalam kemasan untuk jalan raya dan sebuah lagi dalam kemasan perlumbaan. Kami masih lagi menunggu sebarang khabar mengenai tarikh pelancaran dan juga harganya.
Rali Dakar 2019 akan bermula dari 7 Januari 2019. Ianya merupakan perlumbaan ketahanan paling mencabar di dunia. Perlumbaan edisi tahun 2019 bakal menyaksikan penyertaan terbesar dalam sejarah rali berkenaan.
Telah berlaku begitu banyak kemalangan dalam setiap hujung minggu perlumbaan dalam musim 2018. Marc Marquez ternyata penunggang yang paling kerap terbabas dalam kelas perlumbaan MotoGP. Namun, yang paling kerap terbabas dalam ketiga-tiga kelas perlumbaan adalah Stefano Manzi.
Ducati sedang membangunkan lebih banyak motosikal kegunaan jalan raya janaan enjin V4. Mereka bakal melancarkan 29 buah motosikal baharu dalam tempoh lima tahun yang akan datang. Motosikal baharu ini juga bakal meliputi segmen yang tidak ditawarkan Ducati sebelum ini.
Harga bagi model Moto Guzzi V85 TT 2019 bagi pasaran Amerika Syarikat telah pun didedahkan. Motosikal V85 TT ini dilengkapi dengan pelbagai ciri bagi menyaingi model yang lain dalam kategorinya. Ianya ditetapkan pada harga yang amat menggiurkan berbanding dengan para pesaingnya.