Jarvish adalah pembuat helmet dari Taiwan. Firma ini menawarkan helmet futuristik X dan X-AR. Kedua-dua model ini lengkap dengan pelbagai teknologi, di mana bagi model X-AR turut dilengkapi dengan kamera dan HUD.
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Model Triumph Thruxton R TFC adalah sebahagian daripada rangkaian Triumph Factory Custom. Berdasarkan namanya itu, ianya merupakan model pengeluaran terhad mewah utama. Hanya 750 unit yang akan dibina.
Mengapakah model BMW S 1000 RR yang pertama bercirikan lampu hadapan tidak simetri? Mengapa pula bagi model S 1000 RR 2019 ianya simetri? Semua ini berbalik kepada fungsi.
Model Yamaha YZF-R1 GYTR telah habis dijual ke semuanya dalam tempoh kurang daripada 24 jam. Kru pasukan Yamaha Racing Team yang telah memenangi perlumbaan Suzuka 8-Hours Endurance bertanggungjawab dalam pembinaannya. Hanya 20 buah unit yang ditawarkan pada harga €39,500.
Toyota Europe baru sahaja mengeluarkan satu klip video berkenaan dengan model yang ramai sedang menunggu kemunculan rasminya iaitu Toyota Supra baharu. Klip 30 saat yang telah dimuat naik ke laman web YouTube itu focus kepada bunyi Supra generasi baharu yang ikonik dan juga mengujakan.
Pusingan MotoGP Thailand yang diadakan julung kalinya pada tahun ini telah dipilih sebagai pusingan terbaik bagi musim 2018. Lebih daripada 220,000 orang penonton telah menghadiri pusingan tersebut dalam tempoh tiga hari. Undian telah dibuat oleh Suruhanjaya Grand Prix.
Triumph telah mendedahkan harga bagi model Triumph Scrambler 1200 2019. Bagaimana pun, buat masa ini, harga ini adalah bagi pasaran Amerika Syarikat. Ianya boleh dikatakan agak berpatutan, memandangkan yang ianya didatangkan dengan lebih banyak teknologi, berbanding para pesaingnya.
Riuh rendah internet apabila berita mengenai berakhirnya pengilangan model Suzuki Hayabusa tersebar. Pengeluar tersebut hanya menghentikan pengeluaran model Hayabusa yang patuh Euro4. Ini tidak bermakna bahawa tidak akan ada lagi model baharu pada masa yang akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif KTM, Stefan Pierer, telah mengesahkan bahawa mereka sedang membangunkan model dua silinder 500cc KTM baharu. Dia juga turut mengatakan bahawa Bajaj akan mengilangkan motosikal baharu berkenaan. Pengeluar dari Austria ini ingin bersaing dengan pengilang Jepun dalam segmen yang sedang berkembang pesat ini.