Harga Triumph Scrambler 1200 2019 Bagi Pasaran Amerika Syarikat Didedahkan

  • Triumph telah mendedahkan harga bagi model Triumph Scrambler 1200 2019.
  • Bagaimana pun, buat masa ini, harga ini adalah bagi pasaran Amerika Syarikat.
  • Ianya boleh dikatakan agak berpatutan, memandangkan yang ianya didatangkan dengan lebih banyak teknologi, berbanding para pesaingnya.

Keterujaan jelas boleh dirasai sewaktu pelancaran model Triumph Scrambler 1200 2019 pada bulan Oktober lalu. Inilah Scrambler yang dikatakan akan menamatkan segala perang motosikal scrambler.Triumph bagaimana pun, pada waktu itu, tidak mendedahkan harganya.

Namun kini, ianya bukan lagi rahsia, terima kasih kepada seorang wartawan permotoran yang menghadiri tunggangan medianya di Portugal.

Ulasan Tanggapan Pertama Triumph Scrambler 1200 2019

Motosikal Triumph Scrambler 1200 2019 didatangkan dalam dua varian yang “terrain-centric”. Scrambler 1200 XC adalah varian yang lebih sesuai untuk kegunaan jalan raya tetapi masih berkemampuan untuk penunggangan ‘off-road’. Motosikal Scrambler 1200 XE pula (E untuk ‘Extreme’) adalah varian yang lebih sesuai untuk penunggangan ‘off-road’ tetapi turut boleh digunakan atas jalan raya.

Kedua-dua model ini berkongsi enjin Hi-Power 1,200cc yang sama, paparan LCD baharu, lampu LED, suis berlampu, klac bantuan tork, kawalan bersiar dan kawalan GoPro pilihan tambahan.

Model XE bagaimana pun, dilengkapi suspensi dengan ruang bergerak lebih panjang, Cornering ABS yang dioptimakan dengan IMU, serta ‘Cornering Traction Control’, pemetaan enjin Off-Road Pro tambahan, angkup Monobloc M50 Brembo, dan bermacam-macam lagi kelengkapan yang menarik.

Berapakah harganya? Model Triumph ini bagi pasaran Amerika Syarikat ditetapkan pada harga $14,000 bagi Scrambler 1200 XC, dan $15,400 untuk Scrambler 1200 XE. Perlu diingatkan bahawa yang ini adalh harga runcit bagi pasaran Amerika Syarikat. Namun begitu, harga ini masih amat berpatutan jika dibandingkan dengan para pesaingnya. Ini juga boleh dianggap agak murah, dengan segala teknologi yang ada padanya!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]