Bajaj Akan Membangunkan Model Dua Silinder 500cc KTM Baharu

  • Ketua Pegawai Eksekutif KTM, Stefan Pierer, telah mengesahkan bahawa mereka sedang membangunkan model dua silinder 500cc KTM baharu.
  • Dia juga turut mengatakan bahawa Bajaj akan mengilangkan motosikal baharu berkenaan.
  • Pengeluar dari Austria ini ingin bersaing dengan pengilang Jepun dalam segmen yang sedang berkembang pesat ini.

Khabar angin mengenai sebuah model dua silinder 500cc KTM telah tersebar sejak beberapa lama, namun ianya tidak membawa kepada sebarang kepastian, sehinggalah sekarang. Ketua Pegawai Eksekutif KTM, Stefan Pierer, telah mengesahkan bahawa Bajaj akan mengilangkan model dua silinder 500cc KTM yang baharu sewaktu satu temu ramah dengan Speedweek baru-baru ini. Dia juga turut meluahkan keinginannya untuk memperoleh jenama Ducati sewaktu temu ramah tersebut.

KTM Ingin Membeli Ducati

Oleh kerana pengilangan motosikal ini akan dipertanggungjawabkan kepada Bajaj, ianya bermakna yang model tersebut akan ditetapkan pada harga yang menggiurkan. Pierer berkata yang ini adalah kerana KTM ingin bersaing dengan para pengeluar Jepun dalam segmen yang senantiasa berkembang di seluruh dunia.

Ini sudah pasti berita yang mengujakan buat para penunggang yang inginkan sebuah model KTM tetapi merasakan model 390 Duke/RC terlalu kecil, manakala model 790 Duke/Adventure terlalu besar atau mahal. Sebuah platform 500 akan mungkin sekali akan terdiri daripada kedua-dua varian Duke/Adventure, begitu juga dengan 790.

Model 500 baharu ini akan digelar 490, mengikut tradisi pengeluar dari Austria berkenaan. Apa yang boleh kita jangka dari model ini?

Model 390 Duke generasi baharu dilengkapi dengan paparan TFT, pendikit ‘Ride-by-Wire’, mod penunggangan, ABS, suspensi WP, dan sebagainya. Model 790 Duke turut didatangkan dengan perincian berkenaan. Dan dengan ini, kita boleh anggap yang motosikal 500cc baharu ini juga akan dilengkapi dengan ciri-ciri yang sama.

Motosikal KTM 790 Duke “The Scalpel” 2018 Dilancarkan Secara Rasmi!

Untuk enjinnya pula, KTM telah bergerak pada satu arah yang baharu dengan model 790. Mereka telah menggunakan enjin ‘parallel-Twin’ yang digelar LC8c, dan bukannya enjin ‘single’ atau ‘V-Twin’. Pemasaan aci engkol 285º mengajuk pemasaan 75º enjin ‘V-Twin’ (360º-285º-75º) dalam motosikal berkapasiti lebih besar pengeluar berkenaan.

Dan dengan itu, kita boleh jangkakan yang sama bagi model 500cc ini. Enjin perlulah kompak dan ringan, sama seperti model 790, namun, kita masih belum jelas lagi sama ada ianya akan dikecilkan daripada enjin yang lebih besar.

Jadi, apa yang akan terjadi pada 690 Duke? KTM mungkin akan menggantikannya dengan model baharu ini, kerana sebuah enjin dua silinder 500cc sepatutnya menghasilkan lebih banyak kuasa berbanding enjin ‘single’ 690cc.

Kami akan bawakan perkembangan terkininya, jadi, teruskan bersama kami di MotoMalaya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.