Naza Euro Motors Lancarkan DS Store Pertama Di Malaysia

  • Naza Euro Motors Sdn. Bhd., dengan kerjasama DS Automobiles, telah melancarkan DS Store Petaling Jaya, cawangan pertama DS Automobiles di Malaysia dan Asia Tenggara.
  • DS Store Petaling Jaya ini akan dilengkapi dengan ruangan pameran yang mewah dan dilengkapi teknologi realiti maya (VR) terkini.
  • Hadir bagi merasmikan pelancaran ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif DS Automobiles, Encik Yves Bonnefont, dan Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings, Dato’ Samson Anand George.

Petaling Jaya, 14 Disember 2018 – Naza Euro Motors Sdn. Bhd., pengedar eksklusif bagi jenama DS Automobiles di Malaysia, dengan secara rasminya telah melancarkan DS Store Petaling Jaya baharu pada hari ini. DS Store ini adalah yang pertama seadanya di Malaysia mahu pun di rantau Asia Tenggara.

Pelancaran cawangan utama ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif DS Automobiles, Encik Yves Bonefont, bersama dengan Dato’ Samson Anand George, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings.

“DS Store Petaling Jaya yang baharu ini adalah yang pertama seadanya diperkenalkan di Malaysia dan di rantau Asia Tenggara. Ia telah direka bentuk bagi menyediakan perkhidmatan premium dan pengalaman terbaik buat para pengunjung. Ianya bagi mengalukan para pengunjung untuk menyelami nilai-nilai jenama DS dan memberikan mereka kemewahan di hujung jari mereka untuk menatarajah, melihat dan mengkhususkan model DS baharu mereka,” ujar Dato’ Samson Anand George.

“Dengan visi dan sokongan teguh DS Automobiles dalam meneruskan pembangunan jenama DS secara pesat di Malaysia, kami merancang untuk melaburkan RM5 juta untuk pemasaran, operasi dan sebagainya, di samping pelaburan asal RM2 juta dalam membangunkan cawangan utama ini,” tambah Dato Samson lagi.

Turut hadir bagi merasmikan pelancaran DS Store baharu ini adalah Encik Yves Bonnefont, Ketua Pegawai Eksekutif DS Automobiles, yang telah berkata, “Setiap DS Store melambangkan dunia DS Automobiles dan ianya diilhamkan dari butik mewah Paris dengan persekitarannya. Ianya telah direka bentuk untuk menyelubungi para pelanggan dengan pengalaman pemilikan jenama mewah ini.”

DS Automobiles adalah sebuah jenama premium baharu dari Perancis yang dikenali di seluruh dunia kerana pengalaman pelanggan yang tersendiri dan eksklusif, dengan produk yang mengagumkan dan standard perkhidmatan yang tinggi yang menjadi kebanggaan mereka. DS Store Petaling Jaya baharu ini akan menawarkan satu pendekatan pengalaman pengguna baharu kepada produk automotif mewah Perancis.

Ruangan ‘Customer Lounge’ khusus mengalukan pelanggan untuk menatarajah, mengkhususkan, dan membeli model DS terbaik mereka, dengan bantuan Penasihat DS. Ruangan peragaan kereta mempamerkan model utama dari koleksi DS. Turut diperagakan adalah koleksi produk gaya hidup DS yang pelbagai, mengambil ilham daripada nilai-nilai tersendiri DS Automobiles berdasarkan kepakaran Perancis dalam kemewahan, kehalusan, pengkhususan, dan teknologi tercanggih.

Zon VR memberikan pengalaman realiti maya dengan mengadaptasikan teknologi terkini DS Virtual Vision, membolehkan para pengunjung untuk mengalami sendiri model terkini DS dan meneroka, mengkhusus, berinteraksi secara maya dengan kereta berkenaan.

DS Automobiles pada ketika ini mempunyai 450 buah DS Store di seluruh dunia dan semakin menarik minat para penggemar kereta kereta premium di seluruh dunia.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply