Sekumpulan motosikal kapcai di Singapura telah mengadakan sesi konvoi beramai-ramai di jalan raya negara itu Sabtu lalu lalu mencetuskan rasa kurang senang oleh penduduk setempat. Difahamkan, konvoi tersebut – yang melibatkan lebih daripada 40 buah motosikal – telah dirancang oleh kumpulan ‘kapcaisinga’ yang bertanggunjawab memuat naik video di laman sosial Instagram mereka. Walaupun isu rempit…
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Dua orang pelumba motosikal dari Costa Rica telah terlibat dalam satu pertembungan yang telah menyebabkan mereka terbabas. Berasa tidak puas hati, mereka telah bertumbuk sesama mereka. Persatuan Motosikal Amerika Latin telah menyingkir mereka dari perlumbaan tersebut dan mengharamkan kedua-dua penunggang berkenaan.
Jentera perlumbaan KTM RC16 menggunakan kerangka keluli trellis dan suspensi WP. Ini berbeza berbanding dengan spar aluminium dan suspensi Öhlins yang menjadi pilihan pasukan MotoGP yang lain. Apabila ditanya sama ada mereka akan menukarkan kelengkapan dan bahagian tersebut, ketua pasukan KTM menidakkannya.
Minggu lalu, Triumph Amerika Syarikat telah mengarahkan lebih 12,000 unit motosikal mereka dipanggil semula susulan masalah pendawaian, kali ini pengeluar motosikal Britain itu bertindak memanggil lebih 1,000 unit di India susulan masalah sama. Di India, Triumph menggesa pemilik model Bonneville T100 dan T120, Street Twin dan Street Scrambler untuk membawa motosikal mereka menjalani pemeriksaan bagi…
Model Aprilia RSV4 X memperagakan kemahiran pengeluar berkenaan dalam menghasilkan motosikal lumba dan juga jentera perlumbaan. Antara tarikannya adalah kotak gear “Aprilia No Neutral”. Enjin motosikal ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 225hp, dan ianya hanya seberat 165 kilogram.
Royal Enfield akan membuka kilang pemasangan di Thailand pada bulan Jun 2019. Kilang ini bagi memenuhi permintaan pasaran motosikal di Thailand. Untuk Thailand sahaja, RE telah menerima lebih daripada 700 buah tempahan bagi model Intercepter 650 dan Continental 650 GT yang baharu.
Sumber imej: Wikipedia Pereka dan pembina motosikal terkemuka dari Amerika Syarikat, Arlen Ness, telah meninggal dunia. Dia lebih dikenali sebagai “King of Custom Motorcycles”. Dia juga bertanggungjawab atas reka bentuk motosikal Victory dan Indian.
Semua orang sedang bercakap tentang kereta atau motosikal elektrik ketika ini. Gelombang perubahan itu semakin mendapat tempat dengan penghasilan kereta Tesla dan motosikal Zero. Perubahan itu turut berjangkit kepada pengeluar motosikal Amerika Syarikat, Harley Davidson yang telah memperkenalkan LiveWire, sebuah motosikal elektrik yang akan memasuki pasaran dunia tahun depan. Enggan ketinggalan dengan peralihan ini, pengeluar…
Kejohanan BMW Motorrad Race Trophy telah diteruskan bagi tahun 2019. Tahun ini adalah musim keenam siri perlumbaan ini. Siri ini akan menghadiahkan 30 peserta (penunggang BMW) teratas dalam anak tangga kedudukan.