Jentera Ducati Panigale V4 R akan dikurangkan sebanyak 250 RPM dalam kejohanan WorldSBK 2019. Honda CBR1000RR pula akan mendapat tambahan 500 RPM. Ducati dan Kawasaki juga tidak dibenarkan untuk melakukan penambahbaikan enjin pada jentera mereka.
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Automobili Lamborghini telah menjadi penaja utama bagi pasukan Pramac Ducati. Mereka telah menggantikan Alma sebagai penaja utama. Kakitangan dan penunggang pasukan berkenaan akan dapat menggunakan Lamborghini sewaktu pusingan MotoGP di Texas pada hujung minggu ini.
Litar Spa-Francorchamps di Belgium kini sedang dinaiktaraf untuk kejohanan MotoGP dan EWC. Litar ini masih memegang rekod untuk perlumbaan GP motosikal terpantas. Perlumbaan GP motosikal terakhir di litar berkenaan telah dilangsungkan pada tahun 1987.
Sebuah paten yang menunjukkan sebuah motosikal Honda tiga roda telah tersebar di atas talian. Meskipun ia tertulis sebagai “dua atau enam silinder”, kami amat yakin yang ia akan menggunakan enjin ‘flat-Six’ model Gold Wing. Adakah ini pertaruhan Honda bagi mencabar model Yamaha Niken?
Seorang pencuri motosikal menyangkakan dia telah mendapat satu sasaran yang mudah. Namun, sebaliknya yang berlaku di mana dia telah dikejar sehingga pengsan. Polis Jakarta telah menahannya sewaktu dia masih tidak sedarkan diri.
Khabar angin yang mengatakan Dainese bakal dijual telah bertiup kembali. Pakar kelengkapan penunggangan premier dari Itali itu kini adalah milik Investcorp. Syarikat pelaburan itu dikatakan mahu wang tunai bagi 80% saham mereka dalam jenama berkenaan.
Red Bull tidak gusar akan kehilangan Max Verstappen meskipun pelumba muda itu sering dihubungi Team Principal Mercedes, Toto Wolff. Mercedes telah mendominasi saingan Formula 1 sejak beberapa tahun ini dan sekali lagi menguasai saingan musim ini dengan Valtteri Bottas dan pertahan juara Lewis Hamilton menjuarai GP Australia dan Bahrain. Verstappen – anak kepada bekas pemandu…
Empat buah pengeluar motosikal utama di Jepun, iaitu Honda, Yamaha, Kawasaki, dan Suzuki akan bekerjasama bagi membangunkan teknologi bateri motosikal. Mereka sedang berusaha membangunkan teknologi penukaran bateri bagi mengatasi tempoh pengecasan yang panjang. Yamaha sudah mula bekerjasama dengan Gogoro di Taiwan bagi membangunkan teknologi penukaran bateri ini.
Johann Zarco telah mengatakan bahawa dia kepenatan akibat bergelut dengan jenteranya sewaktu pusingan MotoGP Argentina. Dia tidak mampu mengemudi jentera KTM RC16 mengikut cara yang diinginkannya. Zarco telah menamatkan perlumbaan di tempat ke-15, manakala Hafizh Syahrin pula di tempat yang ke-16.