Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez menyifatkan gaya tunggangan Fabio Quartararo bersama Petronas Yamaha mengingatkannya kepada Jorge Lorenzo. Lorenzo menjadi pesaing Marquez ketika menyertai Yamaha pada 2013 dan berjaya meraih tiga kejuaraan dunia di kelas premier termasuk pada 2015 apabila dia berjaya menewaskan wakil Honda itu. Seperti Lorenzo, Quartararo turut gemar memasuki selekoh dengan kelajuan tinggi….
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez, mengesahkan kejuaraan dunia kali kelapan – enam di kelas premier – selepas berjaya mengetepikan saingan Fabio Quartararo di GP Thailand, hari ini. Musim 2019 menampilkan aksi paling mantap oleh Marquez apabila berjaya merekodkan 14 podium dan sembilan kemenangan sekaligus muncul juara meskipun kalendar MotoGP masih berbaki empat perlumbaan – Jepun, Australia,…
Selepas berbulan menanti kepastian tentang masa depan Hafizh Syahrin di saingan MotoGP musim depan, pelumba itu akhirnya mengesahkan telah menandatangani pra-kontrak bersama pasukan baharu di Moto2. Meskipun enggan mendedahkan nama pasukan tersebut namun timbul dakwaan bahawa dia akan ke Angel Nieto, mengisi kekosongan yang ditinggalkan Jake Dixon yang telah pun berhijrah ke Petronas Sprinta. Hafizh…
Ducati Amerika Syarikat telah memanggil semula model Panigale 1199 SL (2014-2018), Panigale R V2 (2014-2018), Panigale 1299 SL (2014-2018) dan Panigale 1299 FE (2014-2018) yang dijangka melibatkan lebih 651 unit. Ducati mendapati terdapat beberapa kes telah berlakunya limpahan minyak enjin yang kemudiannya akan mengalir ke airbox lalu mengena bahagian tayar belakang menerusi airbox drain. Senario…
Jenama streetwear terkenal, Supreme, bakal melancarkan koleksi terbaru dengan kerjasama Honda dan Fox Racing bagi edisi Fall/Winter 2019. Koleksi terbaru ini melibatkan jaket, kemeja, baju tee, jersi, seluar, helmet, gogal dan sarung tangan. Apa yang menarik, kerjasama ini turut menawarkan Honda CRF250R edisi Supreme! Koleksi baharu ini boleh didapati di kedai Supreme yang terletak di…
Bagi seorang penunggang motosikal, penggunaan sebuah ‘action camera’ adalah perkara wajib, lebih-lebih lagi bagi seorang ‘motovlogger’. Sejak melancarkan Hero 4 sehinggalah ke Hero 7 tahun lalu, GoPro menjadi pilihan nombor satu penggemar ‘action camera’. Tonton video GoPro Hero 8 dibawah: Bagaimanapun, status GoPro tergugat sementara apabila DJI memperkenalkan DJI Osmo Action yang dilengkapi dengan teknologi…
Selepas aksi di Mugello, Jorge Lorenzo telah terbang ke ibu pejabat Honda di Jepun bagi mencari jalan terbaik untuk mencapai keserasian dengan jentera RC213V. Bagaimanapun, dia kemudiannya terlepas empat aksi perlumbaan susulan kemalangan di Assen. Aksi terumbang-ambing bersama Honda musim ini mula menimbulkan desas-desus bahawa Lorenzo telah menghubungi Ducati dan Petronas Yamaha dalam percubaan untuk…
Petronas Sprinta Racing mengesahkan bahawa pelumba Moto2, Khairul Idham Pawi, akan kembali beraksi di Moto3 bagi musim 2020. KIP telah pun terlepas beberapa perlumbaan sebelum ini sejak mengalami kecederaan ketika di GP Sepanyol, Mei lalu. Dia juga telah menjalani tiga pembedahan termasuk minggu ini di Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur. Sementara itu, Adam Norrodin akan…
Selepas mendengar keluhan peminat motosikal adventure, Honda memperkenalkan Africa Twin 2020 yang kini tampil lebih berkuasa dan ringan. Honda telah mengikut jejak BMW untuk menghasilkan sebuah motosikal adventure yang lebih besar dan berkuasa dengan enjin 1084cc parallel twin. Menurut laporan Gear Patrol, model baharu ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemas kini bersifat teknikal antaranya, kepala…