GoPro Hero 8 Dengan Hypersmooth 2.0, ‘Action Camera’ Terbaik 2019?

Bagi seorang penunggang motosikal, penggunaan sebuah ‘action camera’ adalah perkara wajib, lebih-lebih lagi bagi seorang ‘motovlogger’.

Sejak melancarkan Hero 4 sehinggalah ke Hero 7 tahun lalu, GoPro menjadi pilihan nombor satu penggemar ‘action camera’.

Tonton video GoPro Hero 8 dibawah:

Bagaimanapun, status GoPro tergugat sementara apabila DJI memperkenalkan DJI Osmo Action yang dilengkapi dengan teknologi penstabilan imej, Rocksteady, tahun ini.

Menyedari perkara itu, GoPro melancarkan Hero 8 dengan teknologi penstabilan imej Hypersmooth 2.0 yang menjaminkan kualiti video yang jauh lebih mantap!

Sejak Hero 5, kamera GoPro tidak lagi memerlukan sarung kalis air tatkala mampu pergi sedalam 33 kaki namun untuk dipasang kepada sebarang ‘mounting’, paling kurang perlu memakaikan bingkai khas.

Senario itu bukan lagi satu isu bagi Hero 8 yang dilengkapi dengan tempat ‘mounting’ khas yang mampu disambungkan terus ke sebarang pemasang.

Hero 8 juga lebih nipis berbanding Hero 7 (28.4mm lwn 33mm) namun lebih lebar dan tinggi (66.3mm x 48.6mm lwn 62.3mm x 44.mm).

Bagaimanapun, berbanding model Hero lain, pelindung lensa Hero 8 tidak lagi boleh ditanggalkan dan digantikan dengan pelindung baharu seandainya tercalar.

Untuk menjadikan Hero 8 lebih menarik, GoPro turut melancarkan beberapa aksesori tambahan antaranya Media Mod yang didatangkan dengan mikrofon shotgun, 3.5mm dan mic port dan slot untuk pemasangan lampu LED 200 lumen – yang pastinya sesuai untuk kaki vlogger.

Sementara itu, masih belum diketahui lagi sama ada isu yang melanda model sebelumnya, Hero 7, seperti mudah ‘freeze’ atau ‘hang’ serta cepat panas telah diatasi bagi Hero 8.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]