Poncharal Mahu Miguel Oliveira Kekal Di Tech3 Bagi Musim 2020

Keputusan mengejut oleh Johann Zarco untuk meninggalkan pasukan KTM hujung musim ini mencetuskan persoalan, siapa yang bakal menjadi penggantinya bagi musim 2020? Tatkala rata-rata pelumba lain telah pun terikat, timbul dakwaan bahawa slot Zarco akan diisi pelumba muda Tech3, Miguel Oliveira. Pelumba Portugal itu tampak sebagai calon terbaik apatah lagi secara tidak langsung memiliki kontrak…

Proton Iriz Ketepikan Saingan Evo X, Ford Fiesta, Juarai Rali Woodpecker Stage 2019

Pasukan Mellors Elliot Motorsport (MEM) berjaya menjuarai rali Woodpecker Stage 2019 hujung minggu lalu yang merupakan perlumbaan peringkat keenam bagi siri rali BTRDA. MEM menggunakan Proton Iriz R5 – selepas melepasi piawaian FIA – yang dipandu Ollie Mellors bersama Ian Windress. Mereka berjaya menamatkan lima peringkat perlumbaan dengan catatan masa 43 minit 34 saat, 20…

Adam Norrodin Ganti Khairul Idham Pawi Di GP San Marino

Adam Norrodin bakal mengisi tempat Khairul Idham Pawi di Petronas Sprinta Racing Moto2 bagi perlumbaan di San Marino minggu depan. Khairul Idham Pawi masih lagi dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan tangan yang serius. Berdasarkan portfolio, Norrodin bukanlah nama asing bagi Petronas Sprinta tatkala pernah mewakili pasukan itu di saingan Moto3 pada tahun 2016-2018. Bagaimanapun,…

Hart Alami Kecederaan Serius, Kemalangan Dengan Jentera Plymouth Cuda 1970

Pelawak terkenal, Kevin Hart, telah mengalami kecederaan serius apabila terlibat kemalangan di Lebuhraya Mulholland, California. Hart – yang duduk di bahagian penumpang – dan sahabatnya, Jared Black – yang sedang memandu kereta jenis Plymouth Cuda 1970 milik Hart – telah merempuh bahagian penghadang jalan sebelum terjatuh ke dalam gaung lalu menyebabkan bahagian bumbung remuk. Plymouth…

Ini Adalah Harley-Davidson Paling Murah Dalam Pasaran

Harley-Davidson melancarkan ‘push bikes’ elektrik untuk kanak-kanak yang diberi nama IRONe12 dan IRONe16. Kebelakangan ini, Harley-Davidson telah pun menyatakan hasrat untuk menembusi pasaran pembeli muda dan untuk itu, mereka menjalinkan kerjasama dengan Qianjiang Motorcycle – pemilik Benelli, Keeway – bagi menghasilkan jentera bawah 500cc dengan harga mampu milik. Kini, pengeluar motosikal Amerika Syarikat itu turut…

Kelam Kabut Masuk Laluan Kecemasan, Ambulans Yang Jadi Mangsa

Sebuah ambulans terjerumus ke dalam parit apabila dihimpit kereta jenis Honda CRV yang cuba memasuki laluan kecemasan dalam insiden yang berlaku di jalan dari Genting menuju ke Tol Gombak. Rakaman dashcam yang dikongsikan pengguna Facebook Raymond Ng itu jelas menunjukkan Honda CRV tersebut terlalu gopoh untuk cuba memasuki laluan kecemasan sehingga tidak menyedari ambulans yang…

Sensor Pada Kereta Moden Gagal Kesan Kedudukan Motosikal – ACEM

Menurut kajian yang dijalankan di Eropah, sistem sensor yang terdapat pada kereta tidak dapat mengesan kehadiran motosikal secara efektif. Ketika ini, setiap kenderaan empat roda telah dilengkapi dengan pelbagai teknologi yang boleh memudahkan pemanduan antaranya ‘automatic lane assist’, ‘adaptive cruise control’, dan sistem pemanduan separa autonomi. Bagaimanapun, menurut kajian yang dijalankan Kumpulan Industri Motosikal Eropah…

Formula 2: Litar Spa-Francorchamps Ragut Nyawa Anthoine Hubert

FIA telah mengesahkan bahawa pelumba Perancis, Anthoine Hubert, maut selepas mengalami kemalangan ketika perlumbaan Formula 2 di GP Belgium. Kemalangan tersebut tercetus apabila Giuliano Alesi hilang kawalan jenteranya dan ketika Hubert cuba mengelak, keretanya dilanggar pelumba pasukan Sauber Junior, Juan Manuel Correa, yang turut mengalami kecederaan serius. Bagaimanapun, Correa disahkan stabil selepas pembedahan namun tidak…

Hafizh Syahrin Kembali Ke Pangkuan Petronas Sprinta Di Moto2?

Sejak KTM  Tech3 mengumumkan Brad Binder akan ambil alih tempat Hafizh Syahrin, desas-desus mengenai masa depan pelumba negara itu terus bertiup kencang. Pelumba berusia 25 tahun itu sendiri mengakui telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pasukan di Moto2 tatkala kontraknya bersama Tech3 tidak lagi di sambung bagi musim 2020. Sementara itu, keputusan mengejutkan daripada Johann Zarco…