Ini Adalah Harley-Davidson Paling Murah Dalam Pasaran

Harley-Davidson melancarkan ‘push bikes’ elektrik untuk kanak-kanak yang diberi nama IRONe12 dan IRONe16.

Kebelakangan ini, Harley-Davidson telah pun menyatakan hasrat untuk menembusi pasaran pembeli muda dan untuk itu, mereka menjalinkan kerjasama dengan Qianjiang Motorcycle – pemilik Benelli, Keeway – bagi menghasilkan jentera bawah 500cc dengan harga mampu milik.

Kini, pengeluar motosikal Amerika Syarikat itu turut mensasarkan golongan kanak-kanak menerusi IRONe12 dan IRONe16.

Penghasilan dua model ‘push bikes’ elektrik ini berjaya dilaksanakan selepas Harley berjaya membeli StayCyc, syarikat yang pakar dalam menghasilkan basikal seimbang untuk kanak-kanak.

IROne12 dijual pada harga USD649 (RM2,741) sementara IRONe16 ditetapkan dengan harga USD699 (RM2,952) sekaligus menjadikan kedua-dua model ini jentera Harley-Davidson paling murah dalam pasaran!

IRONe12 – dengan tayar 12 inci dan berat 7.7 kilogram – dihasilkan untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 5 tahun manakala IRONe16 – dengan tayar 16 inci dan berat 8.6kg – sesuai untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 7 tahun.

Kedua-dua model ini dijana dengan kuasa elektrik dan boleh digerakkan seperti motosikal biasa menggunakan pendikit konvensional.

Seperti motosikal lain, IRONe12 dan IRONe16 turut didatangkan dengan tiga mod:

  • Training – kelajuan 8 km/j
  • Standard – kelajuan 11 km/j
  • Advanced – kelajuan 14 km/j
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]