Honda Perkenalkan CRF1100L Africa Twin 2020

Sumber: Gear Patrol

Selepas mendengar keluhan peminat motosikal adventure, Honda memperkenalkan Africa Twin 2020 yang kini tampil lebih berkuasa dan ringan.

Honda telah mengikut jejak BMW untuk menghasilkan sebuah motosikal adventure yang lebih besar dan berkuasa dengan enjin 1084cc parallel twin.

Menurut laporan Gear Patrol, model baharu ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemas kini bersifat teknikal antaranya, kepala silinder yang telah direka semula, lengan silinder aluminium dan tetap ECU serba baharu.

Sumber: Gear Patrol

Model baharu ini juga dilengkapi dengan enam mod tunggangan – Tour, Urban, Gravel dan Off-Road.

Sistem ekzos yang terdapat pada model ini turut dilengkapi dengan kawalan injap ekzos yang membantu jentera menghasilkan 107hp.

Saksikan trailer Honda Africa Twin 2020 di bawah:

Ketika BMW memperkenalkan R1250 GS dan R1250 GS Adventure, berat kedua-dua jentera ini adalah sekitar 270 kilogram namun Honda berjaya menghasilkan Africa Twin 2020 dengan berat yang lebih ringan – sekitar 226kg sahaja bagi model standard.

Bagi memudahkan tunggangan, ketinggian tempat duduk Africa Twin 2020 ini juga boleh ditetapkan mengikut keselesaan – serendah 33.4 inci dan setinggi 35.2 inci.

Tidak ketinggalan, Africa Twin 2020 ini turut dilengkapi dengan sistem cruise control serta sistem penghubungan Android Auto dan Apple Car Play.

Di Amerika Syarikat, Africa Twin 2020 dijual dengan harga dari USD 14,399 (RM60,166).

(SUMBER: Gear Patrol)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.