Anugerah Kereta Dunia 2019: Jaguar I-PACE Rangkul Kejayaan ‘Treble’

Jaguar I-PACE telah melakar sejarah ‘treble’di Anugerah Kereta Dunia 2019 apabila menjadi model kereta pertama untuk merangkul tiga anugerah Kereta Dunia dalam tempoh 15 tahun anugerah tersebut. Jaguar I-PACE telah dinobat Kereta Terbaik Dunia 2019, Rekaan Kereta Terbaik Dunia 2019 dan Kenderaan Hijau Terbaik Dunia! Berlangsung di Pameran Kereta Antarabangsa New York, kemenangan I-PACE telah…

Tesla Tarik Balik Penjualan ‘Online’ Model 3

Tesla telah menarik balik penjualan Model 3 secara atas talian sekaligus menandakan perubahan terhadap strategi pemasaran mereka. Pelanggan tidak lagi boleh membuat tempahan bagi Model 3 Standard – yang dijual pada harga USD35,000 (RM144,035 yang sebelum ini menjadi antara tunggak utama dalam mengganggu pasaran automotif seperti yang dikehendaki Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk. Tesla…

Tunggang Jentera Honda Dengan Bantuan Tangan Bionik!

Pereka, Tom Hylton, membayangkan bahawa pengeluar motosikal Jepun, Honda, dengan kepakaran robotik mereka, dapat menghasilkan penyelesaian dalam membantu golongan kurang upaya untuk menunggang motosikal, satu hari nanti. Hylton telah membuat rekaan awal yang menyerupai tangan bionik Honda yang akan membantu individu yang tidak mempunyai tangan yang sempurna untuk mengendalikan motosikal Honda. Tangan bionik terbabit yang…

Marquez Terbabas, Rins Lakar Kemenangan Sulung Di Austin

Pelumba Suzuki, Alex Rins berjaya merangkul kemenangan pertama di GP Amerika selepas pendahulu perlumbaan, Marc Marquez mengalami kemalangan. Marquez dilihat bakal merekodkan kemenangan ketujuh di Austin sebelum terpaksa bersara awal memasuki pusingan kesembilan apabila pelumba pasukan Repsol Honda itu – yang sedang mendahului perlumbaan dengan jarak empat saat – hilang kawalan jenteranya di selekoh 12….

MotoGP: Nombor 69 Milik Hayden Diabadikan

MotoGP dengan rasminya mengabadikan nombor 69 milik Nicky Hayden dalam satu majlis yang diadakan di GP Amerika, semalam. Bekas juara MotoGP 2006 itu – yang diberi jolokan The Kentucky Kid – meninggal dunia di usia 35 tahun apabila terlibat dalam satu kemalangan ketika sedang mengayuh basikal dalam satu sesi latihan di Itali pada Mei 2017….

MotoGP: GP Amerika ‘Makanan’ Marquez

Marc Marquez meneruskan dominasi dalam saingan MotoGP musim ini apabila berjaya merekodkan kedudukan pertama di GP Amerika buat kali ketujuh berturut-turut dalam kariernya. Marquez telah pun memenangi kesemua enam perlumbaan di Litar Americas apabila dia memulakan perlumbaan di petak pertama. Pelumba Sepanyol itu miliki peluang cerah untuk mengulangi kejayaan buat kali ketujuh di Austin selepas…