Jual Koleksi Kereta Matchbox, Lelaki Ini Raih RM1.6 Juta!

Seorang lelaki di Britain berjaya meraih sehingga GBP300,000 (RM1.6 juta) selepas menjual koleksi kereta mainan jenama Matchbox.

Simon Hope, telah memulakan hobi mengumpul kereta Matchbox lebih 60 tahun lalu ketika berusia 8 tahun.

Setiap satu daripada 3,000 unit yang dilelong itu berada dalam keadaan serba baharu kerana menurutnya, kedua orang tuanya tidak membenarkan dia bermain dengan kereta mainan terbabit.

Menariknya, setiap 3,000 unit itu dijual secara lelongan satu persatu oleh pusat lelongan Vectis dengan model trak ERF Dropside lime green merekodkan harga jualan tertinggi – GBP7,000 (RM37,546).

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]