CES2020: Sony Perkenalkan Kereta Elektrik Vision-S, Logo PS5!

Sony memperkenalkan sebuah kereta elektrik konsep yang dinamakan sebagai Vision-S ketika Pameran Elektrik Pengguna (CES) 2020.

Meskipun berita ini akan mengujakan peminat setia jenama itu namun difahamkan kereta eletrik ini tidak akan dipasarkan sebaliknya bertindak sebagai platform bagi mempamerkan kemajuan Sony dalam bidang teknologi terutamanya sensor pengimejan.

Vision-S ini memiliki 33 sensor secara keseluruhan dan memaparkan skrin ultra-wide di bahagian dashboard.

Jentera ini turut didatangkan dengan audia 360 darjah dan keterhubungan tanpa wayar.

Ketua Pegawai Eksekutif Sony, Kenichiro Yoshida, menyifatkan Vision-S sebagai sebuah prototaip yang melambangkan masa depan kenderaan mobiliti.

Menurutnya lagi, jentera elektrik sulung ini dibina hasil kerjasama beberapa peneraju industri lain antaranya, Blackberry, NVIDIA, Qualcomm, ZF, Bosch dan Magna Steyr.

Dalam perkembangan sama, Sony turut melancarkan logo baharu bagi Playstation 5!

Permainan konsol baharu ini didatangkan dengan beberapa ciri baharu antaranya:

  • audio 3D
  • adaptive triggers
  • ultra high speed SSD
  • ray tracing
  • ultra-hd blu ray

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.