Arai Perkenalkan Kit Aerodinamik Bagi RX-7X

Syarikat pengeluar helmet terkenal dunia, Arai, telah memperkenalkan kit aerodinamik bagi helmet RX-7X. Arai sememangnya jenama yang terkenal dengan ciri keselamatan terbaik terutamanya dengan penggunaan bahan seperti Fiber Reinforced Plastic (FRP) dan sistem visor luaran yang kukuh. Bagi memastikan kualiti terjamin, setiap helmet Arai adalah buatan tangan. Bagaimanapun, syarikat berpangkalan di Saitama, Jepun itu kini…

Honda Bakal Lancar CBR600RR-R 2021 Di GP Thailand Tahun Depan

Pada bulan Mac lalu, Young Machine mendakwa Honda bakal menghasilkan CBR600RR-R yang diinspirasikan daripada ‘abang besar’ CBR1000RR-R. Kini, pengeluar motosikal Jepun itu disahkan bakal memperkenalkan jentera sportbike middleweight tersebut di GP Thailand musim depan. Sebelum ini, Honda CBR600RR dianggap sebagai antara jentera segmen 600cc yang terbaik namun Honda terpaksa menghentikan pengeluaran susulan piawaian ketat Euro…

Honda ADV 150 Dah Masuk Australia, Bila Pulak Giliran Malaysia?

Penunggang motosikal di Australia mendapat berita baik apabila Honda ADV 150, skuter berkonsepkan ADV itu kini boleh didapati di negara tersebut dengan harga AUD5,799 (RM16, 109). Honda ADV 150 merupakan motosikal jenis skuter yang menawarkan elemen adventure menerusi jarak kelegaan tanah 165mm serta fork Showa 116mm. Jentera terbabit dijangka akan menarik perhatian ramai pembeli berdasarkan…

Jentera Konsep Honda CB4X Dibawa Ke Peringkat Pengeluaran

Honda dilaporkan bakal memperkenalkan sebuah motosikal segmen ADV baharu berdasarkan paten yang difailkan ke Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah. Pengeluar motosikal Jepun itu telah pun memperkenalkan jentera konsep Honda CB4X ketika di EICMA tahun lalu. Bagaimanapun, berdasarkan paten yang difailkan baru-baru ini, Honda disahkan bakal membawa jentera konsep itu ke peringkat pengeluaran. Siapa sangka, model…

Kilang Ferrari Kembali Beroperasi

Selepas penutupan paling lama dalam sejarah susulan pandemik Covid-19, kilang Ferrari di Maranello akan kembali beroperasi secara sepenuhnya bermula 8 Mei ini. Bagi memastikan operasi mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan negara itu, Ferrari melancarkan program ‘Back On Track’ yang memperkenalkan beberapa langkah baharu yang harus dipatuhi keluarga Ferrari bagi menjamin keselamatan dan kesihatan semua pihak. Antaranya…

Lagi Masalah Brek Brembo, Lebih 3,691 Unit Triumph Di AS Dipanggil Semula

Baru-baru ini, lebih 97 unit Ducati 1299 Superleggera telah dipanggil semula susulan masalah pad brek mudah terhakis dan kini isu itu turut membabitkan lebih 3,691 unit Triumph. Triumph muncul jenama kedua yang dipanggil National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) di Amerika Syarikat atas isu sama selepas Ducati 1299 Superleggera. Isu ini membabitkan pad brek mudah…

Masalah Pad Brek, 97 Unit Ducati 1299 Superleggera Di AS Dipanggil Semula

National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) di Amerika Syarikat telah memanggil semula 97 unit Ducati 1299 Superleggera susulan masalah brek. Difahamkan, masalah tersebut melibatkan pad brek mudah terhakis lantas memberi kesan terhadap daya membrek jentera. Hakisan tersebut boleh menyebabkan bahan geseran dalam pad brek tercabut daripada plat belakang pad brek terbabit. Berdasarkan pengumuman panggil semula…

MotoGP: Joan Mir Kekal Bersama Suzuki Hingga 2022

Suzuki akan terus mempertaruhkan Alex Rins dan Joan Mir selepas kedua-duanya menandatangani kontrak lanjutan sehingga 2022. Mir mengesahkan tempatnya bersama Suzuki selepas Rins turut membuat keputusan sama minggu lalu. “Saya mengumumkan bahawa akan kekal bersama Suzuki bagi musim 2021 dan 2022. “Kami telah mempamerkan kemajuan setiap kali ujian jadi saya yakin kami berpotensi besar. “Sasaran…

Harga Aprilia RS250 SP Diumumkan – RM46,000!

Aprilia RS250 sememangnya cukup ikonik apatah lagi pernah ditunggang Valentino Rossi. Jentera ini turut mencetuskan fenomena bukan sahaja di litar malah di atas jalan raya dengan banyak model replika dihasilkan. Jentera 250cc dua lejang semakin menyepi dengan kehadiran enjin empat lejang yang lebih mesra alam namun segmen itu kini semakin mendapat tempat menerusi Honda CBR250RR…