Arai Perkenalkan Kit Aerodinamik Bagi RX-7X

Advertisements

Syarikat pengeluar helmet terkenal dunia, Arai, telah memperkenalkan kit aerodinamik bagi helmet RX-7X.

Arai sememangnya jenama yang terkenal dengan ciri keselamatan terbaik terutamanya dengan penggunaan bahan seperti Fiber Reinforced Plastic (FRP) dan sistem visor luaran yang kukuh.

Bagi memastikan kualiti terjamin, setiap helmet Arai adalah buatan tangan.

Bagaimanapun, syarikat berpangkalan di Saitama, Jepun itu kini turut memberi fokus kepada penghasilan helmet sedia berlumba menerusi kit aerodinamik bagi RX-7X.

Kit tersebut berfungsi dengan melancarkan laluan udara daripada bahagian belakang helmet kepada bahagian ‘aero hump’ di bahagian belakang pelumba.

Rekaan baharu ini lebih efisien berbanding prototaip yang dihasilkan sebelum ini oleh pelumba yang mengenakan helmet Arai.

Arai turut mendakwa kit tersebut akan memberi kesan lebih menonjol ketika dalam kelajuan tinggi.

Kit aerodinamik itu didatangkan dengan enam warna pilihan; putih, hitam, putih kaca, hitam kaca, hitam flat dan light smoke.

Ketika ini, kit tersebut hanya boleh didapati di Jepun dengan harga di antara JPY4,400 (RM179) hingga JPY5500 (RM223).

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.