Jentera Konsep Honda CB4X Dibawa Ke Peringkat Pengeluaran

Honda dilaporkan bakal memperkenalkan sebuah motosikal segmen ADV baharu berdasarkan paten yang difailkan ke Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah.

Pengeluar motosikal Jepun itu telah pun memperkenalkan jentera konsep Honda CB4X ketika di EICMA tahun lalu.

Bagaimanapun, berdasarkan paten yang difailkan baru-baru ini, Honda disahkan bakal membawa jentera konsep itu ke peringkat pengeluaran.

Siapa sangka, model yang baru beberapa bulan ditayangkan sebagai konsep di Milan kini akan dihasilkan secara besar-besaran dalam tempoh singkat.

Menggabungkan elemen sport dan touring, CB4X dijangka menghangatkan lagi segmen motosikal ADV yang ketika ini dihuni Yamaha Tracer, Kawasaki Versys dan BMW F 900 XR.

Difahamkan, rekaan keseluruhan CB4X ini lahir daripada pejabat R&D Honda di Rome, Itali.

Ketika ini tiada maklumat mengenai sesaran enjin yang ditawarkan namun terdapat laporan yang mendakwa jentera ini didatangkan dengan nadi sekitar 650cc ke atas dengan empat silinder.

Sementara itu, difahamkan motosikal ADV ini didatangkan dengan rim 17 inci, lampu LED depan dan belakang, penghadang angin boleh laras dan paparan TFT berwarna dengan keterhubungan Bluetooth.- Ride Apart

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]