Kilang Ferrari Kembali Beroperasi

Selepas penutupan paling lama dalam sejarah susulan pandemik Covid-19, kilang Ferrari di Maranello akan kembali beroperasi secara sepenuhnya bermula 8 Mei ini.

Bagi memastikan operasi mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan negara itu, Ferrari melancarkan program ‘Back On Track’ yang memperkenalkan beberapa langkah baharu yang harus dipatuhi keluarga Ferrari bagi menjamin keselamatan dan kesihatan semua pihak.

Antaranya peraturan perkongsian ruang kerja termasuk pemeriksaan kesihatan harian yang telah pun bermula beberapa minggu lalu.

Pada masa sama, Ferrari turut melaksanakan beberapa sesi latihan bagi memastikan langkah berjaga-jaga dipatuhi semua pekerja.

Ferrari memberhentikan operasi kilang mereka sejak Mac lalu susulan negara itu antara terjejas terus dengan Covid-19.

Langkah sama turut dilaksanakan pengeluar automotif lain antaranya, Lamborghini, Ducati dan Brembo sebelum kesemuanya kembali beroperasi secara berperingkat.

Setakat ini, Itali telah merekodkan lebih 211,938 kes positif dengan 25,428 kematian dengan 82,879 berjaya sembuh.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]