Lagi Info Baharu Aprilia Tuono 660 Didedahkan

Umum mengetahui, Aprilia telah memperkenalkan Tuono 660 bersama RS660 ketika di EICMA, November tahun lalu. Namun begitu, tidak banyak maklumat mengenai Tuono 660 didedahkan berbanding RS660 yang kini disahkan akan memasuki pasaran dunia tahun ini termasuk Malaysia. Kini timbul laporan bahawa Tuono 660 – yang menggunakan platform sama seperti RS600 – menghasilkan kuasa sekitar 95hp…

Petronas SRT Terbuka Dengan Penyertaan Valentino Rossi Bagi 2021

Principal Pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team, Dato Razlan Razali mendedahkan ada tempat untuk Valentino Rossi bagi musim 2021. Bagaimanapun, Razlan mahu memahami terlebih dahulu kemahuan sembilan kali juara dunia itu. Pasukan Factory Yamaha telah pun merekrut Fabio Quartararo daripada Petronas SRT bagi musim 2021 untuk digandingkan bersama Maverick Vinales. Namun begitu, Yamaha telah pun…

Modenas Dominar D400 Ini Diubah Menjadi Motosikal Scrambler

Kedai kustom motosikal di Las Pinas, Filipina, MC Customs telah mengubah suai sebuah Bajaj Dominar D400 menjadi motosikal scrambler serba hitam. Filipina merupakan antara pasaran eksport besar Bajaj Auto sekaligus tidak hairanlah ramai yang mencari kelainan bagi jentera Dominar mereka. Bagaimanapun, MC Customs tidak melaksanakan ubah suai yang ketara sebaliknya hanya menambah dan menggantikan beberapa…

Bekas Pilot Thai Ini Jadi Rider GrabFood, Tunggang BMW R 1200 GS Adventure

Thanun Khantatatbumroong, bekas pilot bagi syarikat penerbangan Thai Lion Airways kini berkhidmat sebagai penghantar makanan GrabFood. Sektor penerbangan terjejas terus dengan pandemik Covid-19 di Thailand sekaligus memaksa syarikat penerbangan mengenakan cuti tanpa gaji atau lebih teruk, dibuang kerja dalam usaha mengurangkan kos perbelanjaan. Thanun antara yang terkesan apabila dia diberhentikan kerja sebagai pilot susulan stiuasi…

Aktiviti Bermotosikal Dibenarkan Di NSW, Dianggap Satu Bentuk Senaman

Premier New South Wales (NSW), Australia, Gladys Berejiklian memaklumkan stesen radio Sydney, 2GB, bahawa daerah itu membenarkan aktiviti bermotosikal kerana dianggap sebagai satu bentuk senaman. Australia telah merekodkan lebih 6,720 kes positif Covid-19 setakat ini dengan 83 kematian direkodkan sementara 5,586 telah pun pulih. Bagaimanapun, daerah New South Wales (NSW) hanya merekodkan dua kes positif…

Honda Vietnam Perkenalkan Winner X Sport ABS 2020

Pasaran super moped Vietnam menerima ahli keluarga baharu apabila Honda Vietnam (HVN) memperkenalkan Winner X Sport ABS bagi tahun 2020. Antara ciri yang dikemaskini adalah pilihan rekaan grafik dan warna baharu dengan bahagian fairing jelas memaparkan tulisan Sport. Pada Julai tahun lalu, pelancaran Honda Winner X bingkas mendapat tempat dikalangan peminat motosikal Vietnam dengan lebih…

Kilang Ducati Di Borgo Panigale Kembali Beroperasi

Selaras dengan protokol untuk menangani penularan Covid-19 di tempat kerja, Ducati telah menghentikan operasi kilang sejak 13 Mac lalu. Susulan perkembangan positif di negara itu, kerajaan Itali telah membenarkan beberapa syarikat termasuk Ducati untuk kembali beroperasi bagi membantu ekonomi negara. Hanya pekerja yang tidak mampu melaksanakan tugas mereka di rumah – bahagian pengeluaran dan pemasangan…