Harga Aprilia RS250 SP Diumumkan – RM46,000!

Aprilia RS250 sememangnya cukup ikonik apatah lagi pernah ditunggang Valentino Rossi.

Jentera ini turut mencetuskan fenomena bukan sahaja di litar malah di atas jalan raya dengan banyak model replika dihasilkan.

Jentera 250cc dua lejang semakin menyepi dengan kehadiran enjin empat lejang yang lebih mesra alam namun segmen itu kini semakin mendapat tempat menerusi Honda CBR250RR dan akan datang, Kawasaki ZX-25R.

Aprilia bakal merancakkan lagi segmen 250cc menerusi RS250 SP, jentera yang dibina khas untuk litar lumba itu ditawarkan dengan harga EUR9,700 (RM46,248)!

Dibina hasil kerjasama dengan pakar motosikal mini, Ovale, projek ini merupakan inisiatif Aprilia untuk membantu melahirkan lebih ramai pelumba muda di Itali yang ketika ini ketinggalan di belakang Sepanyol.

Aprilia RS250 SP ini memiliki berat hanya 105 kilogram dan menawarkan 28hp.

Antara ciri menarik lain:

  • penyerap hentakan Ohlins
  • brek Brembo
  • rim ringan Marchesini

Menurut info, jentera ini telah direka khas untuk penunggang seawal 11 tahun!

Ketika ini tiada maklumat sama ada Aprilia bercadang untuk menghasilkan versi jalan raya.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]