Konvoi Seluruh Malaysia Dan Asia Perkenal Yamaha 135LC

Seramai 180 penunggang motosikal Yamaha LC135 dengan nombor plat pendaftaran 1010 mengadakan konvoi seluruh negara dan juga beberapa negara Asia bagi memperkenalkan jentera Yamaha itu yang hanya dikeluarkan dan dijual di Malaysia. Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries, Datuk Dr. Jim Khor berkata, konvoi Kelab Keluarga Besar Yamaha LC1010 itu memulakan perjalanan secara berperingkat bermula…

Iklan Diskaun Saman 50% Disahkan Palsu

Polis telah mengesahkan iklan promosi tawaran saman hingga 20 Julai yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp adalah palsu. Setiausaha Polis, Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, iklan itu yang mempromosikan tawaran 50% diskaun saman PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut memaparkan nombor individu yang boleh dihubungi bagi mendapatkan diskaun tersebut. “Siasatan sedang dijalankan bagi mengesan individu yang…

Kemalangan Motosikal Mungkin Akibat Lumba Haram – PDRM

Polis tidak menolak kemungkinan kemalangan melibatkan beberapa buah motosikal di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu, yang mengorbankan empat nyawa mempunyai kaitan dengan aktiviti lumba haram. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Sophian Santong berkata, Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut berkata, setakat ini tujuh mangsa dikenal pasti terlibat dalam…

Rakyat Malaysia Boleh ke Hat Yai Menaiki Keretapi RM6 Semula, Mula Hari ini

Dengan pelonggaran sekatan perjalanan, State Railway of Thailand (SRT) telah mengumumkan ia akan mengembalikan kereta api ulang-alik Hat Yai-Padang Besar kembali kepada operasi biasa seperti dua tahun lalu. Perkhidmatan ini telah berhenti operasinya sejak 18 March 2020 iaitu hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan wabak Covid-19. Kereta api itu membawa penumpang dari Padang Besar, Perlis ke…

Tiada Lesen B ‘Full’, ‘Rider’ Benelli TRK 502 Antara Disaman

Dua penunggang motosikal berkuasa tinggi disaman ketika Ops Khas Motosikal (HRAA) 2022 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setelah didapati tidak memiliki lesen kelas B (penuh). Pengarah JPJ negeri, Adenan Md Isa berkata, dalam operasi tersebut, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an ditahan bersama isteri semasa dalam perjalanan menikmati makan malam di George Town dari Sungai Petani,…

Lupa Bukan Alasan Lesen Mati

Kebanyakan pemandu yang ditahan ketika operasi di Kelantan kerana lesen tidak diperbaharui selepas berakhirnya tempoh moratorium menggunakan alasan lupa untuk cuba melepaskan diri dari hukuman. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, mereka dikesan dalam operasi bersepadu sempena Hari Raya Aidiladha itu yang berlangsung selama empat hari baru-baru ini. Katanya, pihaknya mengeluarkan…

Pemandu BMW Punca Kemalangan Babit Bayi 4 Bulan Tampil Beri Keterangan

Pemandu BMW 330E yang didakwa melarikan diri selepas mengakibatkan kemalangan membabitkan bayi empat bulan pada Isnin sudah tampil memberi keterangan. Ketua Polis Muallim Hasni Mohd Nasir berkata, pemandu berusia 30 tahun itu tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak semalam dan diminta hadir ke IPD Muallim bagi membantu siasatan kes. “Lelaki itu…