Lupa Bukan Alasan Lesen Mati

Advertisements

Kebanyakan pemandu yang ditahan ketika operasi di Kelantan kerana lesen tidak diperbaharui selepas berakhirnya tempoh moratorium menggunakan alasan lupa untuk cuba melepaskan diri dari hukuman.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, mereka dikesan dalam operasi bersepadu sempena Hari Raya Aidiladha itu yang berlangsung selama empat hari baru-baru ini.

Katanya, pihaknya mengeluarkan 868 notis saman sepanjang tempoh itu, dengan kesalahan paling banyak antaranya adalah tidak memperbaharui lesen dan tiada lesen memandu.

“Alasan ini tidak dapat diterima kerana tempoh penangguhan sudah lama berakhir,” katanya lagi.

Operasi itu diadakan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Mohd Misuari berkata, operasi membabitkan lebih 400 anggota dengan 5,432 kenderaan diperiksa dan 1,116 notis dikeluarkan.

Selain itu, 318 bas diperiksa dan 32 pemandu menjalani ujian saringan sepanjang operasi itu.

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.