Tujuh Kali Disaman, Masih Tak Serik

Seorang remaja yang ditahan ketika berlumba dengan sekumpulan penunggang motosikal di Gunung Keriang, Kedah, mengaku pernah dikenakan tujuh saman dua tahun lalu. Namun begitu, pelajar tingkatan empat itu masih tidak serik untuk menunggang motosikal secara berbahaya dan terbabit dengan lumba haram. Dalam Op Samseng Jalanan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah…

Tempat Duduk Honda C70 Dicakar Kucing Untuk Dijual RM350

Tempat duduk motosikal jenama Honda C70 asli yang sudah tembus dan berkarat dijual pada harga RM350 di salah satu laman e-dagang telah mendapat perhatian ramai. Dikatakan tempat duduk ‘ori motor’ (OM) itu dikeluarkan pada tahun 70-an dan tidak pernah diubahsuai sejak motosikal tersebut dibeli lagi. Namun apa yang menjadi perdebatan adalah berkenaan dengan keadaan tempat…

Sembilan Remaja Merempit Berkonvoi ke Dungun Ditahan

Tindakan sekumpulan remaja menunggang motosikal secara berbahaya sewaktu berkonvoi untuk bersiar-siar di Pantai Sura, Dungun menerima padah apabila ditahan polis pada kelmarin. Mereka diekori sepasukan polis sejauh kira-kira 29 kilometer dari Kampung Jambu Bongkok di sini sebelum ditahan di Jalan Pantai Sura, Dungun. Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, sembilan…

JPJ Kesan Ramai ‘Rider’ Motosikal Berkuasa Tinggi Hanya Guna Lesen ‘L’

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya ‘menghidu’ taktik penunggang motosikal berkuasa tinggi yang menggunakan lesen L (lesen memandu percubaan) bagi mengelak dikenakan tindakan pihak berkuasa. Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, kebanyakan golongan itu menggunakan alasan belum memperbaharui lesen penuh (Kelas B) semasa pemeriksaan dijalankan. “Penunggang motosikal kuasa tinggi yang tidak…

Honda Civic Type-R Ditemui, Pemilik Serik Memandu Ke Malaysia Lagi

Selepas lima hari umpama mimpi ngeri, pemilik Honda Civic Type-R yang dicuri di Genting, Damien Yeo, akhirnya disatukan semula dengan keretanya pada Rabu (20 Julai). Namun, kegembiraan apabila dia dimaklumkan keretanya sudah ditemui ternyata agak singkat. Pihak polis Malaysia telah menemui keretanya di Kondominium Puteri Palma di Putrajaya, iaitu lebih kurang sejam dari Genting, dan…

Hukuman Lebih Berat Menanti Mat Rempit

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mempertimbangkan hukuman yang lebih berat terhadap pelumba motosikal haram atau ‘mat rempit’ susulan kedegilan golongan itu yang suka menjadikan jalan raya sebagai litar lumba sehingga menyebabkan kematian. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Aedy Fadly Ramli perkara tersebut akan diputuskan dalam masa terdekat. “Kita telah mendapat arahan daripada…

Perlumbaan Jalanan Haram Sukar Untuk Diperangi – Ahli Psikologi Trafik

Lumba jalanan haram kekal sebagai jenayah biasa di negara-negara di seluruh dunia, tetapi menurut seorang pakar psikologi trafik, “tiada penyelesaian sebenar” untuk masalah sejagat ini. Presiden Persatuan Psikologi Lalu Lintas Jerman, Wolfgang Fastenmeier, mengatakan bahawa pendekatan pendidikan memang wujud, seperti “kursus kemalangan” di mana pemandu laju dimaklumkan tentang akibat kemalangan jalan raya. Tetapi tidak jelas…

Hanya EV Untuk Perodua, Bukan Hibrid

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengatakan bahawa jika ia menceburi kenderaan elektrik (EV), ia akan menjadi EV tulen dan bukan EV hibrid plug-in. “Jika kita menceburi EV, ia akan menjadi EV yang lengkap dan sesuai,” kata presiden dan ketua pegawai eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad pada majlis pelancaran Perodua Alza baharu oleh Perdana…

Malaysia Bakal Mengeluarkan Motosikal RE-EV Sendiri

MIMOS Bhd membangunkan motosikal Range Extended Electric Vehicle (RE-EV) yang pertama di Malaysia dengan kerjasama Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). MIMOS, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan projek RE-EV adalah melalui program High Value-Added and Complex Product Development Programme (HVA), iaitu inisiatif kerajaan untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan sektor…