Rider Nekad Tunggang Skuter Keliling Semenanjung Malaysia Sempena Hari Kemerdekaan

Seorang lelaki berniat menunggang skuter sejauh 3,000km mengelilingi hampir keseluruhan negeri di Semenanjung sempena Hari Kemerdekaan, sebagai tanda semangat patriotisme. Misi kembara solo itu diambil oleh Halim Hamid, 46, yang juga Pembantu Perawatan Kesihatan di sebuah hospital di sini, yang sudah memasuki tahun kelapan sejak memulakannya sejak 2013. Ramai yang mengatakan tindakannya itu tidak waras…

JKR Menyediakan Reka Bentuk Jalan Baharu Untuk Pusat Pemeriksaan Sempadan

Reka bentuk awal jajaran jalan yang menghubungkan pusat pemeriksaan sempadan di Bukit Kayu Hitam dan Sadao di Thailand dijangka siap menjelang November. Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menjalankan kerja-kerja awal di tapak itu termasuk tinjauan, kerja siasatan tapak dan kajian trafik. Mesyuarat seterusnya kumpulan kerja pakar Malaysia-Thailand pada Disember…

Langgar Lampu Merah: Penunggang Maut, Rakan Parah

Seorang penunggang motosikal maut manakala rakannya cedera parah apabila motosikal yang ditunggangi melanggar lampu isyarat merah sebelum dirempuh sebuah kereta di persimpangan Jalan Chain Ferry. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, dalam kejadian pada pukul 6.20 pagi itu, mangsa berusia 18 tahun dilaporkan maut di tempat kejadian manakala pembonceng…

MAG UK Tuntut Kerajaan Tunjuk Bukti Kenderaan Autonomi Selamat Untuk ‘Bikers’

Motorcycle Action Group (MAG) UK telah meminta kerajaan membuktikan bahawa kenderaan pandu sendiri tidak akan membahayakan penunggang motosikal di jalan raya negara. MAG percaya bahawa kenderaan pandu sendiri akan memberi risiko kepada penunggang motosikal apabila mereka dibenarkan di jalan raya UK. Penyelidikan yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Kenderaan Belanda (RDW) pada 2016 mendapati bahawa dalam…

Yayasan Metamorphosis Sasar 1,000 Belia Sertai Konvoi Merdeka

Yayasan Metamorphosis menyasarkan seramai 1,000 anak muda menyertai konvoi bermotosikal dari Kuala Lumpur ke Perak sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada 27 Ogos ini. Presidennya, Datuk Razalif Zain berkata, ia susulan program turun padang dan mendekati golongan mat rempit pada Sabtu agar mereka tidak terkecuali dalam sambutan Hari Kemerdekaan negara. “Konvoi itu akan diadakan bermula jam…

Tiada Lagi Aktiviti Rempit di Pulau Pinang – Polis

Polis Pulau Pinang mengesahkan tiada aktiviti lumba haram membabitkan pelesit rempit terutama pada malam hujung minggu di kawasan panas yang dikenalpasti di seluruh negeri susulan pemantauan berterusan agensi terbabit. Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Fisol Salleh berkata, sejak tiga minggu lalu pihak polis mendapati peratusan aktiviti membabitkan lumba haram oleh kumpulan bermotosikal telah menurun dengan…

Mekanik Maut Dirempuh Trak Pikap Langgar Lampu Merah

Seorang mekanik tercampak sejauh 20 meter apabila dirempuh sebuah trak pikap yang melanggar lampu isyarat merah di persimpangan lampu isyarat Padang Layang, Jalan Salor – Pasir Mas. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.25 petang itu, mangsa, Mohamad Zulkifli Zakaria, 59, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada dada…