Adakah Gojek bakal beroperasi di Malaysia?

Rasanya umumnya tahu harga Grab sekarang melambung tinggi, tetapi kelihatan seperti akan ada persaingannya yang mungkin dapat membantu keadaan. Gergasi teknologi Indonesia, Gojek, mungkin bakal memberi perkhidmatannya di negara kita berikutan sebuah Honda City dilihat di bandar Kuala Lumpur yang menayangkan lambang Gojek di sisinya, yang mungkin sebahagian daripada ujian oleh syarikat itu. Sebelum ini,…

“New Zealand Malaysia” Dalam Pemerhatian Polis Negeri Sembilan

Laluan Jalan Temiang-Pantai, yang juga dikenali sebagai “New Zealand Malaysia” kini mendapat perhatian Polis Negeri Sembilan, dan dijadikan sektor rondaan khusus, terutamanya pada waktu siang. Rondaan dijalankan sekurang-kurangnya dua syif sehari, demi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ruslan Khalid berkata ini disebabkan laluan sepanjang 8km itu menarik perhatian orang ramai…

Isuzu D-Max dipertingkat dengan ciri baru

Isuzu D-Max X-Terrain telah memperkenalkan pelbagai penambahan dalam senarai cirinya, dari yang kecil hingga ke yang signifikan. “Isuzu D-Max generasi baru kekal menjadi kebanggaan kami. Model ini telah menghubungkan jurang antara fungsi sebenar trak pikap dengan kehendak pelanggan. “Model utama Isuzu ini ingin memastikan pelanggan menikmati sejumlah ciri yang benar-benar hebat yang akan menjadikan pemanduan…

Modenas Jadi Pengedar Eksklusif Kawasaki di Malaysia

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), pengedar rasmi motosikal nasional, Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) kini merupakan pengedar eksklusif baharu pengeluar motosikal Jepun KAWASAKI di Malaysia, berikutan tamatnya tempoh selama enam bulan bersama KMSB Motors Sdn Bhd. Tempoh peralihan ini berakhir pada 31 Mac 2022, di mana EMOS telah pun memerhati, mempelajari dan menyesuaikan…

Skuad 42 Kini Berkuasa Di Luar Waktu Operasi

Skuad 42 yang ditubuhkan bagi membanteras kegiatan lumba haram kini berkuasa untuk mengeluarkan saman dan melakukan tangkapan ke atas penunggang motosikal di mana-mana sahaja. Tidak lagi terhad ketika operasi, skuad berkenaan boleh mengeluarkan saman dan membuat tangkapan selepas menjalankan risikan dan pemerhatian serta semakan dengan menggunakan alat peranti sistem pembayaran kompaun dalam talian mudah alih…

Lihat Stuntman Menarik Pesawat Menggunakan Vespa

Setelah lama tak melihat aksi lagak ngeri “stuntman” dari Austria, Günter Schachermayr, akhirnya beliau telah melakukan aksi baru menaiki Vespa. Aksi terakhir kami melihatnya, beliau menuruni cerobong Slovakia dengan Vespa, dan kali ini beliau tarik pesawat pula menggunakan Vespa! Dalam video di bawah ini, Schachermayr menggunakan Vespa oren sebagai tunda pesawat di landasan. Pesawat yang…

Penurunan Had Laju Kenderaan Bakal Dicadangkan

Cadangan menurunkan had laju kenderaan daripada 50km/j kepada 30km/j di beberapa kawasan di pusat bandar akan dibentangkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bulan hadapan. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias ​​berkata Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) masih dalam proses menetapkan butiran cadangan itu. “Pengumpulan dan analisis data akan dijalankan dan…