HJC Helmets telah memperkenalkan helmet modular HJC RPHA 90 2018. Helmet RPHA 90 ini telah direka memenuhi ciri-ciri keselamatan, keselesaan, dan kefungsian pada tahap yang paling tinggi. Harga untuk pasaran Amerika Syarikat bagi helmet modular terkini ini adalah $459.99 (RM1,778).
Author: Zarul Faiz
Pegawai perbandaran Misano telah meluluskan pembinaan taman memorial Nicky Hayden di Rimini, Itali. Terletak di lokasi insiden kemalangan pada tahun lalu, taman ini akan dinamakan “Giardino Nicky Hayden”. Taman ini hanya beberapa minit sahaja dari Misano World Circuit Marco Simoncelli dan akan dirasmikan pada 22 Mei 2018.
Musim mengembara telah tiba lagi, di mana para penunggang akan menunggang menjelajah Malaysia mahu pun ke negara Thai. Pengembaraan jarak jauh memerlukan perancangan yang rapi. Kami senaraikan beberapa peralatan yang akan menjadikan pengalaman pengembaraan anda lebih seronok dan juga selamat.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah menyatakan bahawa mereka sedang membangunkan pelan untuk sebuah litar lumba bagi setiap negeri dalam masa lima ke sepuluh tahun. Beliau yang bertanggungjawab ke atas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah membuat pengumuman tersebut pada hujung minggu lalu sewaktu pusingan pertama Cub Prix Malaysia 2018. Projek mereka yang sedang…
Kasma Daniel Kasmayuddin (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) telah memenangi pusingan pertama bagi kejohanan Petronas AAM Malaysian Cub Prix 2018. Litar Perlumbaan Tangkak telah menjadi medan persaingan yang hebat di antara Kasma dan penunggang di tempat ke-dua, Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha CKJ). Mohd Hafiz Nor Azman (Petronas Sprinta Yamaha CKJ) melengkapkan podium CP150.
WD-40 Company (Malaysia) Sdn. Bhd. telah melantik Bun Seng Hardware Sdn. Bhd. sebagai pengedar baru di Malaysia. Bun Seng Group akan bertanggungjawab ke atas jualan dan jaringan pengedaran di dalam negara. Selain daripada tin warna biru yang popular itu, mereka juga mempunyai rangkaian WD-40 Automotive Specialist untuk kegunaan motosikal dan kereta, serta WD-40 Bike yang…
Artikel oleh: Sep Irran Model KTM RC 390 2017 telah diperkenalkan pada bulan Oktober tahun lalu bersama dengan model KTM RC 250 2017. Pelbagai kemaskini telah diterapkan pada motosikal ini, di antara adalah ‘Ride-by-Wire’, klac ‘slipper’, dan casis. Ditetapkan pada harga RM29,800 (harga asas beserta GST), motosikal KTM RC 390 2017 ini sudah pasti merupakan…
Seperti yang telah dijanjikan oleh Harley-Davidson Petaling Jaya sewaktu pelancaran mereka, akan ada pelbagai aktiviti serta tunggangan yang akan dijalankan. Selain daripada tunggangan Harley Owners Group Petaling Jaya yang telah diadakan pada bulan lalu, kumpulan Sportster Malaysia telah mengadakan Tunggangan Tahunan kali ke-4 mereka pada hari ini. Harley-Davidson Petaling Jaya telah mengalukan kemunculan semula kumpulan…
Nama Suzuki Katana telah difailkan dibawah satu lagi permohonan di United States Patent and Trademark Office (USPTO). Ini menunjukkan yang pengeluar dari Jepun tersebut sedang bersungguh-sungguh dalam merancang kemunculan semula motosikal bagi abad ke-21. Kita mungkin perlu menunggu buat seketika memandangkan masih banyak lagi berita yang berkisarkan pelancaran generasi seterusnya Suzuki Hayabusa.