WD-40 Lantik Pengedar Baru Di Malaysia

  • WD-40 Company (Malaysia) Sdn. Bhd. telah melantik Bun Seng Hardware Sdn. Bhd. sebagai pengedar baru di Malaysia.
  • Bun Seng Group akan bertanggungjawab ke atas jualan dan jaringan pengedaran di dalam negara.
  • Selain daripada tin warna biru yang popular itu, mereka juga mempunyai rangkaian WD-40 Automotive Specialist untuk kegunaan motosikal dan kereta, serta WD-40 Bike yang baru khusus untuk basikal.

Sebagai sebahagian daripada pelan global mereka untuk mengembangkan jenama mereka di rantau Asia Tenggara, WD-40 telah melantik Bun Seng Hardware Sdn. Bhd. sebagai pengedar terbaru mereka di Malaysia. Ke semua jualan dan rangkaian pengedaran akan dikendalikan oleh Bun Seng Hardware Sdn. Bhd. bagi mempromosikan lagi ke semua produk di bawah jenama WD-40.

Produk WD-40 “Multi-Use”, yang mudah untuk dikenali ramai dengan tin berwarna birunya yang cukup popular itu merupakan nama yang cukup terkenal dan dengan pelantikan pengedar Malaysia yang baru ini diharapkan akan mempromosikan rangkaian mereka yang lain, iaitu WD-40 Automotive Specialist bagi kegunaan kereta dan motosikal, beserta produk WD-40 Bike yang baru, khusus untuk basikal.

Kerjasama yang baru ini mensasarkan jualan melebihi dua juta tin bagi tahun 2018, peningkatan sebanyak 15% berbanding jumlah tahun lalu. Dengan satu pasukan yang serba baru, pemasaran agresif rangkaian produk mereka akan bermula di malaysia dan negara-negara lain di rantau Asia Tenggara.

Menurut Encik Wong Kian Wah, Pengarah Urusan Bun Seng Hardware Sdn. Bhd., “Ianya satu penghormatan bagi kami di Bun Seng Group, kerana telah diamanahkan oleh sebuah syarikat global yang terkemuka bagi memasarkan produk mereka dalam pasaran Malaysia. Saya yakin bahawa rangkaian produk WD-40 akan diletakkan di atas rak saluran pengedaran seluruh negara kami bagi memastikan yang ianya dapat memenuhi permintaan pengguna pada setiap masa.”

Pengarah Rantau Asia WD-40 Company (Malaysia) Sdn. Bhd., Encik Marcus Chen, berkata, “Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Bun Seng Hardware Sdn. Bhd., pengedar pemasaran terbaru kami dan pengedar perkakas berjenama dan berkualiti yang utama di dalam Malaysia. Saya berasa yakin dengan Bun Seng, kerana dengan jaringan pengedaran yang ekstensif, kami akan mampu mempertingkatkan lagi pengedaran dan penembusan pasaran produk WD-40, terutamanya bagi jenama utama kami, WD-40 Multi-Use, di dalam Malaysia.”

Para pembaca dan pengikut pasti sudah cukup tahu bahawa selain dari tin biru yang terkenal yang patut ada di setiap isi rumah, mereka juga mempunyai satu produk khusus, iaitu WD-40 Automotive Specialist mereka telah diformulasi bagi mengoptimumkan lagi prestasi motosikal dan kereta anda. Produk-produk seperti pelincir rantai, ‘belt dressing’, dan bermacam-macam lagi telah dikhususkan untuk sebarang kegunaan dan keperluan automotif.

Bagi mereka yang gemar menunggang basikal, mereka juga telah membawa masuk rangkaian WD-40 Bike mereka yang terkini, di mana produk ini telah dihasilkan khusus untuk kegunaan basikal. Sama ada untuk melincirkan atau membersih, WD-40 sudah pasti satu jenama pilihan, bukan sahaja tin biru yang popular itu sahaja, tetapi juga untuk rangkaian produk khusus mereka yang ekstensif.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layarilah laman Facebook Rasmi WD-40 Malaysia.

Cara Untuk Memastikan Motosikal Anda Bersih Menggunakan Produk WD-40® Specialist™ Automotive

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]