WD-40® Memperagakan Produk WD-40® Specialist™ Automotive Di Motonation 2017

 

  • Sewaktu festival tiga hari Motonation 2017 yang telah diadakan di PICC, Putrajaya, WD-40® telah memperagakan keseluruhan produk tawaran mereka yang amat menakjubkan.
  • Rangkaian WD-40® Specialist™ Automotive telah ditonjolkan sepanjang demonstrasi yang telah dilakukan ke atas KTM 1290 Super Adventure T.
  • Rangkaian itu terdiri daripada Chain Lube, Belt Dressing, Machine & Engine Degreaser, Throttle Body, Carb & Choke Cleaner serta Brake & Parts Cleaner.

Sewaktu festival Motonation 2017 yang telah diadakan baru-baru ini di Putrajaya International Convention Centre (PICC), terdapat begitu banyak syarikat ternama yang telah memperagakan perkhidmatan serta produk mereka kepada para pengunjung. Salah sebuah daripada syarikat ternama ini adalah WD-40® beserta dengan rangkaian produk pelinciran mereka yang mengagumkan itu.

Selain daripada bermacam-macam tawaran serta diskaun yang menakjubkan yang telah ditawarkan semasa festival tiga hari berkenaan, rangkaian WD-40® Specialist™ Automotive mereka itu juga telah mencuri tumpuan ramai, terutama sekali dengan kelebihan produk berkenaan dalam mengoptimumkan prestasi untuk kereta dan juga motosikal. Kebanyakan daripada kita sudah pasti telah menganggap yang tin biru ‘WD-40® Multiuse Purpose’ sebagai keperluan yangmesti ada dalam setiap isi rumah, dan di sini, bagi mereka yang telah mengunjungi Motonation pada hujung minggu lalu, boleh mendapatkannya pada harga yang amat murah.

Tarikan utama sudah pasti rangkaian WD-40® Specialist™ Automotive yang terdiri daripada lima larutan yang telah diformulasi secara khusus, iaitu:

  • WD-40® Specialist™ Automotive Chain Lube.
  • WD-40® Specialist™ Automotive Belt Dressing.
  • WD-40® Specialist™ Automotive Machine & Engine Degreaser.
  • WD-40® Specialist™ Automotive Throttle Body, Carb & Choke Cleaner.
  • WD-40® Specialist™ Automotive Brake & Parts Cleaner.

 

Bagi menunjukkan betapa berkesan serta cekapnya produk mereka itu, sebuah motosikal KTM Super Adventure T telah diparkirkan di tengah-tengah tapak pameran mereka. Sesudah mereka melakukan demonstrasi mereka, jentera yang berusia dua tahun yang telah melalui pelbagai pengembaraan itu tampak seperti ianya baru keluar dari bilik pameran!

Yang paling jelas sekali adalah betapa bersih dan berpelincirnya pacuan rantai akhir motosikal itu setelah digunakan WD-40® Specialist™ Automotive Machine & Engine Degreaser beserta dengan WD-40® Specialist™ Automotive Chain Lube. Kami sendiri telah menguji produk WD-40® Specialist™ Automotive Chain Lube dan mendapati yang ianya banyak membantu dalam melancarkan lagi pengoperasian pacuan terakhir.

Walaupun festival Motonation 2017 telah pun berakhir, anda masih lagi boleh mendapatkan produk menakjubkan ini melalui beberapa cara yang berbeza. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan tin biru ikonik ‘WD-40® Multiuse Purpose’, ianya ada di mana-mana kedai perkakasan termasuklah Mr. DIY yang berada di seluruh negara.

Untuk mendapatkan rangkaian WD-40® Specialist™ Automotive pula, anda boleh mengunjungi mana-mana kedai Brother’s yang mempunyai lebih daripada 20 cawangan di dalam Malaysia. Untuk mendapatkan sebarang maklumat terkini, layarilah http://wd40.asia/products/wd-40-specialist-automotive ATAU laman Facebook rasmi WD-40® Malaysia.

Anda boleh senantiasa mengharapkan yang terbaik dari segi keyakinan, kualiti, ketenteraman hati, dan prestasi dengan WD-40®. Ingin tahu bagaimana untuk membersihkan motosikal anda menggunakan WD-40®? TEKAN SINI!

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]