X-1R, WD-40 Dan Modenas Di Motonation 2017

 

  • Di antara pelbagai syarikat yang telah hadir di festival Motonation 2017, ada beberapa yang telah menarik perhatian kami.
  • Terdapat pelbagai syarikat yang telah hadir sewaktu acara berkenaan namun syarikat-syarikat ini adalah khusus untuk pengguna motosikal.
  • Kami berharap lebih banyak lagi syarikat yang lain akan menghadiri festival Motonation yang akan datang.

Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, acara finale Motonation 2017 telah menyaksikan penyertaan pelbagai pengeluar motosikal, selain daripada pengedar barangan berkaitan automotif, pembekal serta syarikat. (TEKAN SINI untuk membaca laporan berkenaan.)

Paling menonjol di kalangan syarikat produk motosikal adalah X-1R, WD-40, dan Modenas.

Astaka utama Modenas yang terletak di Dewan A telah meliputi satu ruangan yang besar dan dipenuhi dengan motosikal terkini mereka, termasuklah yang teramat popular, Pulsar RS200 dan NS200, yang mana motosikal NS200 telah diperagakan dalam posisi ‘wheelie’ sebagai sebahagian daripada pondok bergambar mereka.

Lebih utama lagi, Modenas juga turut mempamerkan motosikal V15 yang telah diubahsuai untuk pertandingan SUPERB MOD (sebahagian daripada Peraduan Bakat Besi). Motosikal-motosikal ini kemudiannya telah diadili oleh ‘Showmaster’ AMD sendiri, Neil Blaber, jang juga telah mengadili pertandingan motosikal buatan khas Motonation.

Modenas juga telah mempunyai tapak yang lebih kecil di kawasan ‘mall area’, bersebelahan dengan pentas utama. Di sini, mereka telah memperagakan motosikal perlumbaan Cub Prix. Penunggang-penunggang mereka telah mengadakan satu demo ringkas sewaktu pelancaran rasmi acara ini pada hari Sabtu.

Gerai X-1R di Dewan A telah diubah suai sepenuhnya ke warna korporat dan tema kuning pakar pelincir tersohor itu. X-1R membekalkan produk pelinciran dan penyelenggaraan enjin, dan oleh kerana itu, produk unik mereka dalam botol kecil telah diperagakan di atas tong dram minyak yang diwarnakan dengan warna kuning, yang telah dipotong bahagian hadapannya bagi memuatkan rak pameran.

Produk-produknya yang ditawarkan X-1R adalah Octane Booster, Small Engine Treatment, Fuel System Cleaner, Engine Flush, Petrol System Treatment, dan bermacam-macam lagi.

Terdapat dua simulasi pemanduan yang boleh di cuba oleh pengunjung. Selain itu, sebuah motosikal buatan khas buatan Bigcat Customs turut dipamerkan di gerai mereka itu. Aktiviti-aktiviti lain termasuklah promosi 50% untuk produk mereka dan para pengunjung juga turut berpeluang memenangi hadiah istimewa dengan memutar “Wheel of Fortune”.

Di Dewan B pula adalah WD-40, produk penembusan minyak pelbagai fungsi yang cukup terkenal itu. WD-40 telah mengadakan promosi istimewa untuk produk original dalam tin berwarna kuning dan birunya itu, bermula dengan RM10 untuk tin yang terkecil, sehinggalah RM12 untuk tin yang terbesar!

Selain itu, WD-40 juga turut memperkenalkan satu rangkaian produk pencucian dan penyelenggaraan yang baru semasa acara berkenaan, yang mana mereka telah melakukan sebuah demonstrasi keberkesanannya dalam mencuci sebuah motosikal KTM 1290 Super Adventure T. Motosikal berusia 2 tahun itu tampak seakan baru sesudah mereka selesai mencucinya.

Produk-produk yang telah digunakan sewaktu domenstrasi itu adalah Engine Degreaser, Parts Cleaner, Chain Lube, dan yang lain-lain.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]