Helmet Modular HJC RPHA 90 2018 Diperkenalkan

  • HJC Helmets telah memperkenalkan helmet modular HJC RPHA 90 2018.
  • Helmet RPHA 90 ini telah direka memenuhi ciri-ciri keselamatan, keselesaan, dan kefungsian pada tahap yang paling tinggi.
  • Harga untuk pasaran Amerika Syarikat bagi helmet modular terkini ini adalah $459.99 (RM1,778).


Dengan lebih ramai lagi penunggang di dalam negara yang berjinak-jinak dengan dunia motosikal ‘sport-touring’, permintaan bagi helmet yang mampu berfungsi dalam semua keadaan menunggang juga telah turut meningkat. HJC Helmets sedar akan keperluan ini dan telah memperkenalkan helmet modular mereka yang terkini, HJC RPHA 90 2018, bagi memenuhi permintaan segmen ini.

Direkabentuk untuk berfungsi seperti mana sebuah helmet ‘full face’ dari segi saiz, berat, dan rupa paras; helmet HJC RPHA 90 ini menawarkan sesuatu yang lebih lagi dengan fungsi helmet modularnya. Dibina dari bahan “Premium Integrated Matrix” (P.I.M +) milik HJC (sama seperti helmet RPHA 70 dan RPHA 11), helmet RPHA 90 ini didakwa HJC sebagai salah sebuah helmet modular yang paling ringan serta paling kuat setakat ini, semua ini atas jasa prestasi berketahanan hentakan yang dipertingkatkan dan aerodinamik yang lebih baik, di samping mengekalkan keselesaan buat penunggang.

Untuk memastikan cahaya matahari terik tidak mengganggu anda sewaktu menunggang, HJC juga telah melengkapkan helmet ini dengan sistem cermin mata pelindung cahaya matahari dalaman yang terkini mereka, “Sun Glide”. Mudah untuk digunakan, menggunakan wayar boleh laras, cermin mata pelindung nyah-calar serta nyah-kabus ini kini lebih panjang dan juga lebih lebar bagi memberikan perlindungan mata daripada sinar matahari yang lebih baik.

Terdapat juga sistem pelindung “HJC Seal Secure” yang akan membantu dalam menghindarkan air dan habuk masuk ke dalam helmet, disamping mengurangkan bunyi dalam apa jua keadaan cuaca. Digandingkan dengan bahan dalaman penyerap bunyi, penunggang dapat kekal selesa tanpa ada sebarang gangguan di atas jalan raya.

Untuk pengudaraannya pula, lohong udara baru yang diletakkan secara strategik pada kawasan berketekanan tinggi akan membantu meningkatkan peredaran udara dalam helmet. Satu lohong udara besar di bahagian atas helmet dengan satu lagi lohong yang terletak berdekatan dengan mulut, beserta dengan lohong udara belakang akan membantu menyalurkan udara yang sejuk dan segar ke kepala penunggang bagi memastikannya kekal kering, sejuk dan selesa sepanjang hari.

Bagi mereka yang ingin memasang sistem komunikasi mereka pada helmet HJC RPHA 90 yang baru ini, anda tidak perlu risau kerana helmet ini telah diterapkan dengan ruangan pembesar suara poket, beserta dengan kemudahan untuk menyalurkan wayarnya dengan bahagian dalaman yang boleh ditanggalkan. Ciri-ciri lain termasuk:

  • Premium Integrated Matrix / P.I.M Plus: Bahan yang diperkuatkan, termasuk fabrik ‘Carbon’ dan hibrid ‘Carbon-Glass’, memberikan prestasi berketahanan hentakan yang dipertingkatkan, lebih selesa dan ringan.
  • Cermin Mata Pelindung Matahari dengan ruang penglihatan yang lebih luas: Penglihatan sisi yang lebih baik, membantu mengurangkan tekanan pada mata dan perlindungan daripada cahaya matahari yang hebat. Nyah-kabus dan nyah-calar.
  • Sistem ‘Full Metal Micro Buckle’: Sistem pengikat HJC 100% keluli tahan karat berketahanan tinggi yang baru dengan kekuatan tambahan.
  • ‘RapidFire 3 Shield Replacement System’: Sistem pelindung sehala yang ringkas dan selamat membekalkan sistem penggantian pelindung yang amat pantas dan tanpa memerlukan peralatan.
  • Bahagian dalaman yang senyap: Direkabentuk secara 3D, bahagian dalaman yang ergonomik, bertumpukan kepada mengurangkan bunyi secara ketara.
  • Bahagian dalaman ‘Multi-cool’ dengan fabrik anti bakteria tercanggih memberikan penyerapan kelembapan yang lebih baik dengan fungsi pantas kering berbanding denerasi sebelumnya.
  • Pad pipi dan atas kepala yang boleh ditanggalkan dan dibasuh.
  • Pelindung berlensa nyah-kabus beserta dengan suapan lensa nyah-kabus.
  • Cermin mata dan cermin mata hitam dengan rekaan mesra EPS.

Bagi pelindung dagunya, ianya boleh diangkat ke posisi modular dengan satu langkah yang mudah. Helmet HJC RPHA 90 baru ini akan memastikan penunggang berada dalam keadaan seselesa yang boleh tanpa mengira jarak penunggangan. Sama ada perjalanan jarak jauh merentas dunia mahu pun perjalanan pendek dengan hentian yang kerap(seperti berulang alik ke tempat kerja), helmet RPHA 90 terkini ini menekankan keselamatan, keselesaan, kemudahan serta kefungsian.

Helmet HJC RPHA 90 2018 ini diperakui DOT dan boleh didapati di beberapa buah pasaran di seluruh dunia pada harga $459.99 (kira-kira RM1,778, selepas pertukaran terus matawang). Bagi pasaran Malaysia pula, HJC Helmets Malaysia akan memaklumkannya kepada kita apabila tiba masanya helmet ini disediakan bagi pasaran Malaysia.

HJC Perkenalkan Helmet RPHA 70 Black Panther Terbaru!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]