Tunggangan Amal Penunggang Termuda Yang Akan Mengelilingi Dunia

  • Henry Crew telah memulakan perjalanannya untuk menjadi penunggang paling muda menunggang mengelilingi dunia atas tujuan amal.
  • Penunggang British berusia 22 yahun itu akan melakukan tunggangan tersebut di atas sebuah motosikal Ducati Scrambler Desert Sled dalam masa 232 hari.
  • Dia juga berharap dapat meraih £35,000 (RM190,656) pada penghujung tunggangannya itu untuk “Movember Foundation”.

Sumber imej: MCN

Henry Crew telah memulakan perjalanan epiknya menunggang mengelilingi dunia dan mencipta Rekod Dunia Guinness yang baru sebagai penunggang paling muda. Penunggang British berusia 22 tahun itu akan merentasi jarak 56,000km melalui 35 buah negara di atas enam buah benua.

Sumber imej: MCN

Selain daripada cubaan mencipta rekod dunia penunggangan solo yang mengagumkan itu, Henry juga turut akan membantu dalam meraih dana serta kesedaran bagi “Movember Foundation”, satu badan amal yang bertumpukan kepada kesihatan lelaki. Kebanyakan dari kita pasti sudah mengetahui tentang badan kebajikan ini kerana ianya badan kebajikan yang sama diketengahkan setiap tahun sewaktu “Distinguished Gentlemen’s Ride“.

Pada waktu ini, rekod itu telah dipegang oleh seorang lagi penunggang dari Britain, Kane Avellano. Dia telah menyempurnakan tunggangan mengelilingi dunianya itu pada tahun lalu di atas sebuah motosikal Triumph Bonneville. Rekodnya telah ditetapkan dalam masa 233 hari dan dia berusia 24 tahun sewaktu dia menyempurnakan tunggangan lapan bulan yang mengagumkannya itu.

Motosikal pilihan Henry Crew pula adalah dari jenis yang agak berbeza. Motosikal Ducati Scrambler Desert Sled adalah jentera pilihannya dan untuk setiap satu batu jarak perjalanannya, dia berharap untuk meraih £1, yang mana akan menjadi £35,000 pada penghujung perjalanannya nanti. Motosikal Desert Sled telah dilancarkan di Malaysia pada tahun lalu sewaktu festival Art of Speed.

Bagi memecahkan rekod dunia itu, Henry perlu tiba kembali di UK menjelang 10 Mei 2019. Sepanjang perjalanannya itu, dia akan merentasi UK, Perancis, Jerman, Austria, Hungary, Romania, Moldova, Ukraine, Russia, Kazakhstan, Turkmenistan, Iran, Pakistan, India, Bangladesh, Myanmar, Thailand, Malaysia, Australia, Chile, Peru, Ecuador, Panama, Costa Rica, Nicaragua, Honduras, Guatemala, Mexico, USA, Maghribi, Sepanyol, Perancis, sebelum pulang semula ke UK.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Henry Crew dan cubaan rekod dunianya itu, TEKAN SINI.

It’s Official: Anita Yusof Is First Woman To Ride Around The World

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]