HJC Perkenalkan Helmet RPHA 70 Black Panther Terbaru!

  • Tawaran terbaru dari HJC ini datang dalam bentuk sebuah helmet RPHA 70 Black Panther.
  • Dengan kerjasama bersama “Marvel Cinematic Universe”, helmet sport touring terbaru dari HJC ini telah dilengkapi dengan pelbagai perincian halus adiwira dari Wakanda tersebut.
  • Tiada sebarang berita mengenai bila helmet ini akan disediakan bagi pasaran Malaysia, namun, harganya dijangkakan akan berada di bawah paras RM3,000.

Pengeluar bagi beberapa buah model helmet terbaik di dalam dunia, HJC, telah memperkenalkan tawaran terkini mereka dalam bentuk sebuah helmet RPHA 70 Black Panther. Helmet ‘sport touring’ berkenaan cukup sesuai sekali untuk kegunaan harian, perjalanan jarak jauh dan juga diperakui untuk kegunaan di atas litar.

Apa yang telah bermula sebagai satu usahasama di antara HJC dan Studio Marvel telah membuahkan pelbagai buah helmet edisi terhad yang menampilkan beberapa watak adiwira yang paling diminati serta disukai ramai. Tambahan terbaru pada senarai yang senantiasa bertambah ini adalah tidak lain dan juga tidak bukan, Black Panther.

Helmet RPHA 70 Black Panther ini bercirikan perincian ‘tribal’ yang menakjubkan, yang telah mengambil ilham dari tempat asal Black Panther iaitu Wakanda. Direka bagi menampilkan sut Black Panther milik T’Challa’, helmet RPHA 70 ini telah dilengkapi pelbagai perincian yang bermimik seakan adiwira tersebut, sama ada dari matanya yang cerah, hinggalah ke kemasan warna metalik.

Sut Black Panther telah diperbuat daripada Vibranium (keluli yang sama digunakan bagi membuat perisai Captain America). Helmet ini tidak kurang hebatnya dengan penggunaan bahan PIM+ HJC yang menjadikannya teramat ringan, dengan berat yang diagihkan sekata, dan menyerap hentakan, yang mana ianya hampir sama seperti Vibranium dan telah diperakui oleh ECE dan juga DOT.

Tiada lagi sebarang berita mengenai bila helmet ini akan disediakan bagi pasaran Malaysia, tetapi, memandangkan harga helmet HJC RPHA 70 Iron Man Homecoming telah ditetapkan pada RM2,779, kami andaikan yang helmet edisi Black Panther ini juga akan dijual pada paras harga yang lebih kurang sama.

Helmet HJC RPHA 70 Iron Man Homecoming – RM2,779!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply