Racing Boy Perkenalkan Race Ready Collection 2018 bagi motosikal 150cc!

  • Racing Boy telah memperkenalkan “Race Ready Collection 2018” terbaru mereka yang khusus untuk motosikal 150cc.
  • Motosikal-motosikal seperti Honda RS150R dan Yamaha Y15ZR akan disediakan dengan satu rangkaian penuh kelengkapan selepas jualan (aftermarket) bagi mempertingkatkan lagi rupa dan prestasi motosikal-motosikal ‘cub’ tersebut.
  • Kelengkapan selepas jualan RCB telah pun terbukti kehebatannya dalam siri Asia Road Racing Championship dan Malaysian Cub Prix.

Jika anda mengikuti perkembangan arena perlumbaan motosikal di dalam Malaysia, sudah pasti anda akan mengenali pengeluar kelengkapan selepas jualan (aftermarket) yang cukup popular ini, Racing Boy.Berita terkini berkaitan dengan salah sebuah jenama pilihan ramai paling popular dalam mempertingkatkan lagi motosikal anda ke tahap yang berikutnya ini adalah mengenai kemunculan “Race Ready Collection 2018” mereka!

https://www.facebook.com/racingboy.my/videos/10157114088758047/

Sehebat manakah kelengkapan “Race Ready” ini? Kelengkapan selepas jualan yang dibangunkan mereka ini telah diselidiki dan uji dalam dunia perlumbaan, terutamanya dalam kelas 150cc bagi siri perlumbaan Asia Road Racing Championship (UB150) dan AAM Petronas Malaysian Cub Prix (CP150).

Lebih meyakinkan lagi, RCB juga merupakan salah sebuah penaja utama bagi pasukan Movistar Yamaha MotoGP yang terdiri daripada dua penunggang kelas premier terhebat, Valentino Rossi dan Maverick Viñales. Sudah pasti ianya satu pencapaian yang membanggakan bagi jenama yang lahir di Malaysia ini.

Bagi tahun 2018, mereka telah bersedia untuk memberikan yang terbaik dengan pelbagai kelengkapan yang baru, yang telah dibina khusus bagi mempertingkatkan lagi motosikal ‘cub’ 150cc yang paling mendapat sambutan di Malaysia, iaitu Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R. Ingin mencantikkan lagi rupa paras motosikal kesayangan anda? “Race Ready Collection 2018” ini ada pelbagai kelengkapan dari pelindung tuil hinggalah ke dapra hadapan.

Racing Boy ada segala kelengkapan yang dapat membantu anda. Perlukan kelebihan tambahan dalam menangani selekoh di atas litar? RCB juga mempunyai kelengkapan yang mempertingkatkan lagi prestasi motosikal anda. Suspensi, penyerap hentakan, tempat letak kaki, cakera brek, dan ‘sport rim’ terbaru mereka akan dapat membantu anda menunggang bak seorang penunggang professional.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layarilah laman Facebook rasmi Racing Boy, atau kunjungilah mana-mana pengedar sah mereka yang ada di seluruh negara.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]