Pakej perkhidmatan pertukaran minyak enjin Shell Helix yang tulen kini boleh didapati di laman membeli belah 11street. Bagi meraikan kerjasama ini, Shell Helix dan 11street telah mengadakan peraduan bermula dari 16 hingga 29 April 2018.
Author: Zarul Faiz
Motosikal 185cc Sym VF3i 2018 yang telah dilancarkan baru-baru ini oleh Sym Malaysia merupakan motosikal kapcai atau moped dengan kapasiti terbesar di dunia. Enjin empat lejang, SOHC, sejukan cecair, satu silindernya itu dikatakan mampu menghasilkan sehingga 17.7hp dan 15.3Nm tork. Bagi mereka yang berminat untuk memilikinya boleh mendapatkannya pada harga pengenalan serendah RM7,988 (harga…
Sym Malaysia juga telah memperkenalkan skuter Sym Cruisym 250i 2018 dan Sym Jet 14 2018. Dua skuter terbaru itu dilengkapi dengan reka bentuk yang ‘sporty’ dan agresif yang terkini yang digandingkan dengan enjin 125cc dan 250cc yang mematuhi piawaian Euro4. Skuter Cruisym 250i yang baru telah ditetapkan harganya pada RM18,888 dan bagi skuter Jet 14…
Sym Malaysia dengan secara rasminya telah melancarkan motosikal terkini mereka, Sym VF3i 2018. Motosikal kapcai 185cc terkini mereka itu merupakan motosikal dengan kapasiti terbesar dalam kategorinya. Motosikal VF3i terbaru ini telah ditetapkan harganya pada RM7,988 (harga asas tidak termasuk GST).
Pusingan pertama bagi siri perlumbaan KTM Malaysia Orange Enduro 2018 akan bermula pada 21 April 2018 di Sungai Petani, Kedah. Hadiah bernilai sejumlah RM10,000 akan diberikan kepada para peserta yang bersaing dalam lima kategori yang berbeza. Ke semua dijemput hadir ke litar ‘KTM Off-Road Track’ yang baru siap dibina (bersebelahan Amanjaya Mall) untuk satu hari…
Ketua pasukan Movistar Yamaha MotoGP, Lin Jarvis, mahu penunggang bagi pasukan Repsol Honda, Marc Marquez, dikenakan dengan hukuman yang lebih berat. Berikutan ‘penunggangan merbahaya’ Marquez pada hujung minggu yang lalu di Argentina, Yamaha tidak berpuas hati dengan hukuman ringan yang telah dikenakan. Gaya penunggangan Marquez pada hujung minggu itu telah menyebabkan pertembungan dengan beberapa orang…
Juara Isle of Man TT sebanyak 13 kali, Bruce Anstey, telah disahkan menghidap kanser. Penunggang berusia 48 tahun dari New Zealand itu dikatakan mempunyai beberapa buah ketumbuhan dalam paru-paru dan tulang belakangnya. Anstey sudah pasti akan mengundurkan diri daripada ke semua perlumbaan jalan raya pada tahun ini bagi mendapatkan rawatan untuk diagnosisnya itu.
Skuter Honda PCX150 2018 yang diperkemaskini telah diperkenalkan untuk pasaran Amerika Syarikat. Kemas kininya termasuklah rekabentuk serba baru, casis, bahagian enjin, transmisi, suspensi dan bermacam-macam lagi. Skuter PCX150 yang baru ini telah ditetapkan harganya bagi pasaran Amerika Syarikat pada harga $3,699 (RM14,341) dan $3,999 (RM15,504) bagi versi ABS.