ads

SYM Lancarkan motosikal 185cc, Sym VF3i 2018 – RM7,988

  • Sym Malaysia dengan secara rasminya telah melancarkan motosikal terkini mereka, Sym VF3i 2018.
  • Motosikal kapcai 185cc terkini mereka itu merupakan motosikal dengan kapasiti terbesar dalam kategorinya.
  • Motosikal VF3i terbaru ini telah ditetapkan harganya pada RM7,988 (harga asas tidak termasuk GST).


Sym Malaysia telah melancarkan motosikal kapcai dengan kapasiti terbesar dalam dunia, dan ianya bergelar Sym VF3i 2018. Motosikal 185cc itu telah dilancarkan pada awal malam ini di Setia SPICE Convention Centre di Pulau Pinang.

Motosikal kapcai terbaru dari Sym itu telah dilengkapi dengan enjin sejukan cecair, SOHC, satu silinder 183cc, yang mampu menghasilkan 17.7hp dan 15.3Nm tork. Ianya merupakan motosikal dengan kapasiti terbesar dalam kategorinya.

Bagi menata rias enjinnya itu, Sym melengkapi motosikal tersebut dengan reka bentuk yang moden dan bergaya yang sesuai bagi zaman ini. Dari lampu LED keseluruhan, hingga ke kombinasi tolok kelajuan digital dan analog yang bergaya, kami jangka yang ia akan mendapat sambutan hangat sebaik sahaja ia berada di pasaran pada bulan Mei.

Spesifikasi yang lain termasuklah tangki bahanapi sebesar 7 liter, cakera brek keseluruhan (250mm di hadapan dan 200mm bagi bahagian belakang), dan pelana berkontur, ke semuanya dilengkapi pada motosikal Sym terbaru ini. Ianya juga telah dikatakan bahawa motosikal seberat 124kg ini mampu mencapai kelajuan tertinggi, 155km/j.

Motosikal Sym VF3i 2018 ini telah ditetapkan harganya pada harga pengenalan serendah RM7,988 (harga asas tidak termasuk GST) dan akan boleh didapati dalam dua pilihan warna yang berlainan; Biru dan Merah. Terdapat juga motosikal dengan warna Matte Black Special Edition yang ditetapkan harganya pada RM8,288.

Leave a Reply