Rangkaian Sym Bonus 2018 Diperkenalkan – Dari RM3,768

  • Sym Malaysia telah memperkenalkan rangkaian Sym Bonus 2018 mereka yang terkini.
  • Rangkaian motosikal mampu milik mereka itu datang dalam tiga variasi; E Bonus 110, E Bonus 110 H, dan Bonus 110SR.
  • Motosikal baharu yang mematuhi piawaian Euro 3 ini telah ditetapkan pada harga bermula dari RM3,768 hingga RM4,278 (harga asas tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

Sym Malaysia telah memperkenalkan rangkaian motosikal mampu milik terbaru mereka dan ianya diberi nama rangkaian Sym Bonus 2018. Tiga variasi model yang berbeza telah dikemaskini bagi memenuhi piawaian emisi Euro 3 terkini dan ianya terdiri dari model Sym E Bonus 110, E Bonus 110 H, dan Bonus 110SR 2018.

Ketiga-tiga model tersebut didatangkan dengan enjin SOHC 4 injap, satu silinder, sejukan udara, 108cc yang telah dirombak semula, yang mana dikatakan mampu menghasilkan sehingga 7.1hp pada 7,500rpm. Rangkaian motosikal yang juga antara paling mampu milik di Malaysia ini dilengkapi dengan kotak gear empat kelajuan yang memacu keseluruhan kuasanya ke roda belakang.

Selain daripada enjin berspesifikasi Euro 3 baharu itu, rangkaian motosikal Sym Bonus 2018 ini telah diperkemaskini penggayaannya dengan tiga pilihan warna yang berbeza; Biru, Hitam, dan Merah. Motosikal E Bonus 110 dan E Bonus 110 H datang dengan brek dram untuk bahagian hadapan dan belakang. Bagi motosikal Bonus 110SR pula, atur cara cakera brek boleh didapati untuk bahagian hadapan.

Bagi rodanya pula, motosikal tahap permulaan E Bonus 110 dilengkapi dengan sepasang rim jejari manakala bagi E Bonus 110 H dan Bonus 110SR pula dilingkapi dengan roda tempa. Sepasang fork teleskopik hadapan dan penyerap hentakan pegas gegelung berganda redaman minyak belakang boleh didapati pada ketiga-tiga buah model.

Ciri-cirinya yang lain adalah:

  • Berat 103kg.
  • Tangki bahanapi 4 liter.
  • Penghidup elektrik dan juga kaki.
  • Ruang simpanan bawah pelana baharu.
  • Kunci suis keselamatan.
  • Bahagian bertekstur karbon fiber.
  • Palam pengecas USB (untuk Bonus 110SR sahaja).

Harga motosikal dalam rangkaian Sym Bonus 2018 telah ditetapkan seperti berikut (harga asas tidak termasuk cukai jalan dan insurans):

  • Sym E Bonus 110 2018 – RM3,768.00
  • Sym E Bonus 110 H 2018 – RM3,898.00
  • Sym Bonus 110SR 2018 – RM4,278.00

Rangkaian Sym Bonus ini menawarkan waranti dua tahun atau 20,000km. Varian E Bonus 110 akan mula disediakan bermula bulan September manakala bagi model E Bonus 110 dan Bons 110SR pula akan disediakan bermula dari bulan November. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layarilah laman sesawang www.sym.net.my.

Sym Sport Rider 125i 2018 Diperkenalkan Dengan Grafik Baru – RM5,542!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]