MForce Melancarkan SYM VF3i Pro (V3) – RM9,338

Advertisements

MForce Bike Holdings Sdn Bhd, selaku pengedar motosikal SYM di Malaysia baharu sahaja melancarkan VF3i generasi ketiga (V3) menerusi VF3i Pro.

Model V3 ini menawarkan grafik dan pilihan warna baharu namun masih lagi mengekalkan nadi 183cc satu silinder yang menawarkan 19.7hp pada 9,000rpm dan 17.4Nm pada 7,500rpm.

Bukan itu sahaja, antara ciri lain dikekalkan daripada VF3i LE termasuklah rekaan keseluruhan, penggunaan lampu LED, speedometer, lever klac dan brek boleh laras dan ABS satu saluran serta tangki 7 liter.

SYM VF3i Pro ini menawarkan pilihan warna merah, biru dan emas dengan kesemuanya dilengkap rim 17 inci warna emas dengan penggunaan tayar 90/80 depan dan 120/70 belakang.

Sistem membrek ditawarkan menerusi cakera brek depan 250mm dan 200mm belakang.

Menurut SYM, VF3i Pro ini boleh didapati di semua pengedar rasmi bermula 15 Oktober ini.

SYM VF3i Pro turut didatangkan dengan waranti dua tahun dan 20,000km perbatuan (mana yang sampai dahulu).