MotoGP Amerika Syarikat 2018 Marc Marquez Peroleh Kemenangan Keenam Berturut-turut Di Texas

Marc Marquez (Repsol Honda) berjaya merangkul kemenangan perlumbaan keenamnya yang berturut-turut di litar Circuit of the Americas awal pagi ini. Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP) berjaya mendapat rentaknya semula dan menamatkan perlumbaannya di tempat ke-dua. Andrea Iannone (Team Suzuki Ecstar) berjaya mendapatkan tempat di atas podium buat pertama kalinya dalam dua perlumbaan berturut-turut untuk pasukan…

Royal Enfield Lancarkan Kedai Utama Di Shah Alam

Wakil pengedar dan kedai utama Royal Enfield telah dilancarkan secara rasmi di Shah Alam, Selangor. Dikendalikan oleh RE Motorcycles Sdn. Bhd., kedai utama ini telah pun memulakan khidmat jualan serta selepas jualannya. Rangkaian motosikal Classic, Bullet, dan Rumbler telah pun tersedia dengan lebih banyak model akan tiba pada masa yang akan datang.

MotoGP Amerika Syarikat 2018: Maverick Viñales Duduki Petak Pertama Di Amerika Syarikat

Penunggang bagi pasukan Movistar Yamaha MotoGP, Maverick Viñales, telah diangkat ke Petak Pertama. Penunggang bagi pasukan Repsol Honda, Marc Marquez, telah menetapkan masa terpantas namun akan bermula dari tempat ke-empat setelah dia dikenakan dengan hukuman tiga tempat di atas grid. Andrea Iannone (Team Suzuki Ecstar) dan Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) melengkapkan barisan hadapan.

BMW Motorrad Perkenalkan Casis Cetakan 3D BMW S 1000 RR

BMW Motorrad telah memperkenalkan sebuah casis cetakan 3D BMW S 1000 RR. Keseluruhan casis dan lengan ayunnya telah dibina menggunakan teknologi cetakan 3D dipanggil “Additive Manufacturing”. Bahagian-bahagian tiga dimensi yang diperbuat dari plastik dan keluli dibentuk lapis demi lapis boleh dibina dengan lebih pantas dan pada masa yang sama mengekalkan kualitinya.