Shell Malaysia Luaskan Capaian Di Atas Talian Melalui Kerjasama Bersama 11street

Cik May Tan, Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants bersama Encik Bruce Lim, Naib Presiden Perdagangan 11street
  • Pakej perkhidmatan pertukaran minyak enjin Shell Helix yang tulen kini boleh didapati di laman membeli belah 11street.
  • Bagi meraikan kerjasama ini, Shell Helix dan 11street telah mengadakan peraduan bermula dari 16 hingga 29 April 2018.

Kuala Lumpur, 16 April 2018 – Shell Malaysia pada hari ini dengan secara rasminya telah melancarkan Kedai Atas Talian Rasmi Shell Malaysia di laman 11street, bagi memudahkan pemilik kereta di seluruh negara untuk mendapatkan pakej perkhidmatan pertukaran minyak enjin Shell Helix yang tulen (termasuk minyak enjin Shell Helix, penapis minyak, dan upah kerja) di atas talian.

Pengguna di Semenanjung Malaysia, dan pada masa yang akan datang, Sabah dan Sarawak, boleh membeli e-baucar untuk pakej perkhidmatan pertukaran minyak enjin Shell Helix yang asli di atas talian, hubungi bengkel untuk menetapkan temu janji dan tebus e-baucar berkenaan menggunakan aplikasi mudah alih 11street di bengkel pilihan mereka dari lebih daripada 45 buah bengkel wakil sah Shell Helix yang terlibat.

Bagi meraikan kerjasama ini, Shell Helix dan 11street telah mengumumkan peraduan “Spend & Win!”. Bermula dari 16 April 2018, sehingga 29 April 2018, para pengguna yang mendapatkan pakej perkhidmatan pertukaran minyak enjin, sama ada bagi Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus, High Mileage, mahu pun HX7 di laman 11street berpeluang untuk memenangi kredit membeli belah bernilai RM500.

Menurut Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, Cik May Tan, kerjasama dengan 11street ini akan membolehkan syarikat berkenaan untuk memanfaatkan trend membeli belah di atas talian yang berkembang pesat dan menawarkan produk Shell Helix yang tulen serta perkhidmatan berpatutan ke pasaran yang lebih luas di seluruh negara.

“Misi Shell Helix adalah untuk membolehkan pemandu menangani cabaran harian dan memastikan rasa cinta mereka terhadap pemanduan kekal semarak. Bekerjasama dengan 11street, salah sebuah laman jenama atas talian terbesar dan paling inovatif dalam negara, kami akan mampu memastikan mereka terus memandu dengan menawarkan kemudahan yang tidak terhingga dalam penyelenggaraan kereta mereka,” ujar cik May Tan.

Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus

Encik Bruce Lim, Naib Presiden Perdagangan 11street, berkata, “Ianya menandakan satu tempoh yang mengujakan bagi kami, di mana Shell Malaysia akan bekerjasama dengan kami dalam usaha mengubah cara kita mencapai perkhidmatan penyelenggaraan kereta. 11street menawarkan kepada pembeli belah di Malaysa dengan satu kemudahan untuk mendapatkan perkhidmatan pertukaran minyak enjin Shell Helix berkualiti tinggi yang tulen di bengkel wakil Shell Helix. Kerjasama bersama Shell Malaysia ini akan membolehkan para pengguna untuk menjimatkan masa menantikan kereta mereka diselenggara dan sebaliknya membolehkan mereka menjadualkan temujanji dengan mudah mengikut kelapangan pengguna,”

Shell Helix High Mileage

Para pengguna yang telah membeli pakej perkhidmatan pertukaran minyak enjin Shell Helix di 11street juga layak untuk mendaftar bagi program kesetiaan “Shell Advantage and Rewards” (SHARE). Satu pendaftaran di atas talian yang mudah di laman sesawang rasmi Shell Malaysia akan membolehkan anda untuk menikmati pelbagai kelebihan dan ganjaran SHARE yang hebat, seperti tawara beli-3-percuma-1 yang menakjubkan bagi setiap pembelian minyak enjin Shell Helix Ultra, peringatan untuk pertukaran minyak enjin, dan promosi bermusim.

Shell Helix HX7

Bagi mereka dengan kereta di bawah usia 8 tahun dan 150,000km juga layak mendapatkan “Shell Helix Engine Warranty” (SHEW) secara percuma apabila mereka menyelenggara kereta dengan Shell Helix Ultra, High Mileage, atau HX7. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layarilah laman rasmi Shell Malaysia 11street di sini.

Shell Advance Ingin Menghadiahkan Ducati Monster 797 Bernilai RM56,000!