Harley-Davidson Petaling Jaya yang baru dibuka kini menawarkan cara yang hebat bagi mereka yang berminat untuk mendalami gaya hidup Harley. Kos penyelenggaraan dan pemilikan kini lebih berpatutan di HDPJ. HDPJ juga telah mengenepikan yuran lokalisasi buat motosikal Harley yang dibeli melalui pengimport selari.
Author: Zarul Faiz
Ada berita telah melaporkan yang Zulfahmi Khairuddin telah memutuskan untuk bersara dari Moto2 dengan SERTA-MERTA. Baru sahaja menamatkan empat pusingan, penunggang rookie Moto2 itu mengumumkan persaraannya setelah menghadapi kesukaran untuk mempamerkan aksi dan keputusan yang memuaskan. Tiada lagi berita sama ada pasukannya akan meneruskan persaingan dengan penunggang gantian.
Miguel Oliveira akan berpindah ke kelas MotoGP pada musim 2019 setelah menandatangani perjanjian baru bersama pasukan Tech 3. Penunggang kelahiran Portugal berusia 23 tahun itu bakal menjadi penunggang pertama yang telah melalui keseluruhan sistem Red Bull KTM. Bermula dengan Red Bull Rookies Cup, sehinggalah ke MotoGP, Oliveira merupakan bintang harapan baru yang telah berjaya menghadiahkan…
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Motosikal Triumph Bonneville T100 Black adalah sebuah motosikal moden retro yang telah dilegapkan. Kuasa yang lancar dan pengendalian yang mudah dijangka adalah ciri terbaik motosikal ini. Tidak menakutkan, mudah dan seronok untuk ditunggang.
Juara WorldSSP sebanyak lima kali, Kenan Sofuoglu, telah mengumumkan bahawa dia akan bersara selepas hujung minggu ini. Perlumbaan terakhirnya akan berlangsung pada hujung minggu ini di Pusingan Itali Pata dari 11 hingga 13 Mei 2018 di Imola, Itali. Penunggang yang berasal dari Turki itu akan menumpukan perhatiannya pada perkara-perkara lain, terutamanya pada keluarga dan sekolah…
Desmo Owners Club Malaysia (DOCM) telah menganjurkan sesi hari litar mereka yang pertama untuk tahun ini pada hari Ahad yang lalu (6 Mei 2018). Lebih daripada 120 orang pemilik motosikal Ducati telah menyertai kemeriahan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Pelbagai jenis model Ducati telah beraksi di atas litar, dari Panigale hinggalah ke Streetfighter.
Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah menganjurkan acara Kawasaki Track Day 2018 pada hari Ahad (6 Mei 2018) yang lalu. Kira-kira 100 orang pemilik Kawasaki telah menyertai acara hari litar yang menyeronokkan ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Juara ARRC 2017, Azlan Shah Kamaruzaman juga turut serta dalam acara ini bagi menguji jentera Ninja ZX-10R milik…
Marc Marquez (Repsol Honda) telah berjaya memenangi perlumbaan MotoGP keduanya pada musim ini di hadapan penonton senegaranya sewaktu GP Sepanyol 2018. Jorge Lorenzo, Andrea Dovizioso, dan Dani Pedrosa telah terlibat dalam satu pertembungan dan terbabas sewaktu bertarung bagi mendapatkan tempat ke-dua. Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) dan Andrea Iannone (Team Suzuki Ecstar) merebut peluang…