Harley-Davidson Petaling Jaya: Motosikal Hebat Yang Sama, Kini Lebih Berpatutan

  • Harley-Davidson Petaling Jaya yang baru dibuka kini menawarkan cara yang hebat bagi mereka yang berminat untuk mendalami gaya hidup Harley.
  • Kos penyelenggaraan dan pemilikan kini lebih berpatutan di HDPJ.
  • HDPJ juga telah mengenepikan yuran lokalisasi buat motosikal Harley yang dibeli melalui pengimport selari.

Memiliki sebuah motosikal adalah satu keterujaan yang hebat bagi sesiapa sahaja, dan untuk memiliki sebuah motosikal dari jenama yang amat bersejarah dan penuh dengan warisan, sudah pasti ia jauh lebih istimewa. Ianya melalui warisan inilah rupa paras, rasa dan bunyinya tercipta, bagaimana deruan ekzosnya menusuk jiwa, menunggang menongkah angin, setiap hembusan melenyapkan keserabutan dunia yang bermain di minda. Selain itu, gaya hidup dan silaturrahim antara pemilik dan pengalaman berkonvoi sudah pasti tidak ternilai harganya.

Namun begitu, berapakah ‘harga’ untuk menyertai ‘kelab’ ini?

Kami telah mendengar banyak benda yang menarik mengenai wakil pengedar Harley-Davidson yang baru, iaitu Harley-Davidson Petaling Jaya (HDPJ), dan memutuskan untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Apa yang kami dapati adalah HDPJ telah berjaya menarik minat lebih ramai penunggang motosikal di Malaysia untuk mengalami sendiri dunia Harley-Davidson, melalui pakej pembiayaan yang lebih menarik, kos pemilikan yang lebih rendah dan perkhidmatan selepas jualan yang professional.

PERKHIDMATAN SELEPAS JUALAN

  • Polisi Tanpa Diskriminasi terhadap ke semua pemilik Harley, tidak kiralah jika motosikal itu dibeli sebelum ini melalui saluran rasmi atau pun pengimport selari.
  • Tiada ‘yuran lokalisasi’ buat motosikal Harley ‘recon’ dan ke semua pemilik akan dikenakan kadar upah dan harga kelengkapan yang sama.
  • Bilik pamerannya penuh lengkap tetapi bengkelnya tetap ekstensif kerana HDPJ berfokuskan selepas jualan.

  • Kadar upah mengikut jam sebelum ini terlalu tinggi, jadi HDPJ telah mengurangkannya ke harga yang berpatutan.
  • Harga barang kelengkapan juga lebih rendah dari sebelum ini walaupun kadar pertukaran USD-MYR yang tinggi.

  • ‘Harley-Davidson Standard Service’ memastikan pemeriksaan 24-titik semak dilakukan pada keseluruhan motosikal untuk keselamatan dan kefungsian, yang mana termasuk melincirkan tali kabel, memeriksa bateri dan kelengkapan elektrik, diagnostik elektronik, pemeriksaan bagi memastikan ke semua pengikat diikat dengan kemas, memeriksa tali sawat dan takal, memeriksa pad dan cakera brek (dengan peralatan yang betul), dan bermacam-macam lagi.

  • Harga minimum bagi menyelenggara sebuah Sportster 883 lengkap dengan pemeriksaan 24-titik semak, penggantian pembersih standard, minyak enjin Harley-Davidson, dan upah kerja 1.5 jam berjumlah kurang dari RM400.

  • Bandingkan dengan pengalaman peribadi penulis menyelenggara motosikal Kawasaki ER-6f (di bengkel tidak rasmi). minyak enjin sinttetik penuh 2 liter, penapis minyak, dan dua palam pencucuh sudah pun menelan belanja sekitar RM380 – tidak termasuk pemeriksaan 24-titik semak.

  • Selain itu, ‘stator coil’ bagi ER-6f bernilai hampir RM1,300; berbanding dengan ‘stator coil’ Harley-Davidson Softail yang berharga RM1,400.

HARGA BAGI MOTOSIKAL HARLEY-DAVIDSON BARU

  • HDPJ juga telah menetapkan harga bagi motosikal Harley yang baru dengan lebih ‘realistik’, 5 hingga 25 peratus lebih rendah pada setiap peringkat.

  • Sportster Forty-Eight 2018 (standard) telah ditetapkan pada harga RM92,800, berbanding harganya sebelum ini iaitu RM109,000.

  • Street Bob baru pula bermula dari RM107,200, berbanding harganya sebelum ini yang melebihi RM130,000.

  • Skema pembiayaan yang lebih menarik buat pembeli – 3.5% setiap tahun – paling rendah dalam industri.

Kami juga memutuskan untuk bertanya kepada para penunggang motosikal Harley yang sedang bersantai di café di The Gasket Alley. Penunggang pertama yang kami sapa telah menyatakan rasa terkejutnya mengenai betapa rendahnya kos penyelenggaraan. Seorang lagi pula berasa amat selesa di Harley-Davidson Petaling Jaya yang baru, terasa dialu-alukan dan sebahagian daripada sebuah keluarga.

Nampak, Harley-Davidson Petaling Jaya ini berbaloi untuk dikunjungi. Jadi, buatlah temujanji anda hari ini untuk tunggang uji atau penyelenggaraan melalui laman sesawang rasmi Harley-Davidson Petaling Jaya. Anda juga boleh melayari laman Facebook rasmi HDPJ untuk sebarang perkembangan terkini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.